Kemaskini pada 23/11/2020
Sumber: Google Image |
Sebelum membuat keputusan membeli emas fizikal, bakal pembeli terlebih dahulu perlulah mengetahui dengan jelas apakah matlamat yang ingin dicapai untuk jangka masa sederhana dan panjang.
Oleh itu adalah penting untuk memahami posisi diri sebelum membuat keputusan membeli emas fizikal. Setiap posisi memiliki matlamat yang berbeza. Berikut adalah 3 posisi penting dalam pelaburan emas.
1.
Penyimpan
Simpan secara tetap walaupun 1
gram sebulan tanpa mengambil kira harga emas semasa (ketika membeli). Fokus menyimpan adalah untuk menambah gram. Mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai dalam masa
tertentu adalah penting supaya ia boleh dijadikan motivasi untuk terus menambah
gram dari masa ke semasa.
Emas yang disimpan boleh dijadikan sebagai
cagaran sementara untuk mendapat pinjaman mudah sekiranya keadaan memerlukan.
Kelebihan membeli emas secara konsisten
adalah, Kenaikan Harga Emas dalam jangka masa
panjang ditambah dengan Harga Purata Menjadi Rendah akibat dari menyimpan secara
tetap dan berterusan dapat mempercepatkan waktu untuk memperolehi keuntungan
dari pelaburan emas.
Menjual emas dalam gram yang besar, dapat meningkatkan keuntungan dengan Pengurangkan Peratusan Susutnilai keatas emas fizikal tersebut.
Menjual emas dalam gram yang besar, dapat meningkatkan keuntungan dengan Pengurangkan Peratusan Susutnilai keatas emas fizikal tersebut.
Sebagai contoh menjual
balik emas 1 gram Public Gold, susutnilai adalah sebanyak 9% berbanding menjual
balik emas 100 gram Public Gold, susutnilai hanya sekitar 7% sahaja.
Entri Berkaitan:
Simpanan Emas: Di Mana Untungnya?
Simpanan Emas: Di Mana Untungnya?
2. Pelabur
Kaedah mendapatkan keuntungan melalui pelaburan emas adalah dengan cara membeli ketika harga murah, menjual ketika mahal (Buy Low Sell High). Fokus dalam pelaburan emas adalah memaksimumkan keuntungan dalam bentuk ringgit (RM).
Memiliki pengetahuan dalam ilmu teknikal seperti Analisis Teknikal Harga Emas adalah penting dalam mengetahui bila masa yang sesuai untuk membeli dan menjual emas.
Masa yang sesuai untuk membeli emas adalah semasa harga mula naik selepas mencecah paras terendah (Paras Lantai) dan masa yang sesuai untuk menjual emas adalah semasa harga mula turun selepas mencecah paras tertinggi (Paras Siling).
Paras minimum yang dicadangkan untuk urusan jual dan beli apabila harga mencecah 10% daripada harga asal emas yang dibeli. Oleh itu penting agar pelabur membeli emas sebagai penanda (Batchmark) bagi mengetahui bila harga rendah dan tinggi.

3. Peniaga
Terlibat secara aktif dalam urusan jual beli dengan menjadikan emas sebagai barang jualan. Perlu memahami dengan lebih mendalam ilmu tentang perniagaan dalam meminimumkan kos sambil memaksimumkan keuntungan.

Usahawan Emas: Di Mana Untungnya?
Usahawan Emas: Di Mana Untungnya?
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Delar
Public Gold
Tiada ulasan:
Catat Ulasan