Kemaskini pada 23/11/2020
Sumber: Google Image |
1. Sebagai Hadiah Yang Bernilai Sepanjang Masa
Emas adalah logam yang istimewa
kerana ia tidak mudah dimusnahkan oleh ejen perosak semulajadi seperti angin, air,
tanah dan api. Ia logam yang tahan lasak, mudah dibentuk serta memiliki warna
asli yang menarik.
Emas juga antara logam yang sukar
diperolehi menyebabkan ia sentiasa bernilai sepanjang masa. Ciri-ciri istimewa
yang dimiliki oleh emas juga menjadikan ia hadiah yang sesuai diberikan
terutama pada yang tersayang.
2. Sebagai Medium Transaksi Yang Diterima
Oleh Semua Orang
Manusia menjadikan emas sebagai
medium transaksi semenjak beribu tahun lalu kerana ia dapat memenuhi ciri-ciri
yang diperlukan sebagai matawang seperti tahan lasak, senang dibentuk mengikut
saiz dan berat yang sama serta mudah dibawa ke mana-mana.
Ini menjadikan emas bernilai
diperdagangkan di serata dunia sebagai wang antarabangsa. Ini bermaksud,
sekiranya anda ada emas ditangan, anda boleh mendapatkan wang tunai dengan
segera di negara lain dengan hanya menjual emas yang dimiliki.
3. Sebagai Mas Kahwin Yang Berharga
Emas sesuai dijadikan mas kahwin kerana
rupanya yang menarik, kecil, mudah dibawa dan amat berharga.
Keupayaan untuk mengekalkan nilai (kuasa
beli duit) dalam jangka masa panjang. Ia memberi keuntungan bagi pemiliknya di masa
hadapan.
4. Sebagai Medium Pinjaman Yang Dapat
Mengelakkan Kerugian Nilai Dimasa Hadapan
Memberi pinjam duit kepada orang lain
(tanpa interest) secara prinsipnya merugikan. Ini kerana nilai wang dihakis
oleh inflasi. Kuasa beli seringgit tahun ini tidak sama dengan tahun depan.
Oleh itu dengan memberi pinjaman dalam
bentuk emas, secara langsung dapat mengelakkan mengelak kerugiam nilai seperti yang
berlaku pada wang kertas.
Entri Berkaitan:
5 Langkah Bijak Elak Orang Pinjam Duit Anda
5 Langkah Bijak Elak Orang Pinjam Duit Anda
5. Sebagai Sumber Pendapatan Tambahan
Emas boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan dengan cara
menjadikan ia sebagai barang dagangan dalam urusan jual beli.
Tidak seperti barang lain, emas tiada tarikh luput. Ini bererti
walaupun tidak laku, ia masih boleh disimpan dalam tempoh yang lama tanpa perlu
risau akan rosak.
Entri Berkaitan:
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Youtube
Channel:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan