Selasa, 15 Ogos 2017

Balai Seni Visual Negara


Balai Seni Visual Negara

Lokasi:
Balai Seni Visual Negara

Alamat:
No. 2, Jalan Temerloh, 
Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur


Waktu Operasi:
10.00 pagi - 6.00 petang (Isnin - Ahad)
Bulan Ramadhan
9.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Ahad)

Alamat Sesawang:
Percuma

Tarikh Lawatan:
15 Mei 2016 (Kali Ke-1)
20 November 2016 (Kali Ke-2)

Balai Seni Visual Negara (BSVN) menjadi lokasi pertama yang dipilih untuk di jelajahi. Ia menjadi simbol permulakan kembara soloku bersama teman setia motosikal Honda Wave 100cc.

Bagi lawatan kali kedua, lokasi ini menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas mengunjungi PPAS Bangi.


20/11/2016: Pintu Masuk Dewan Utama
20/11/2016: Laluan Pejalan Kaki Khas Untuk Pekerja Sahaja

20/11/2016: Arca Di Bahagian Luar BSVN
20/11/2016: Antara Tema Pameran Kali Ini

20/11/2016: Seni Dari Bahan Terbuang

15/05/2016: Arca Yang Diperbuat Dari Keluli Tahan Karat 

15/05/2016: Dah Tak Ingat Nama Arca Ini
20/11/2016: Bahan Pameran Yang Bergerak

20/11/2016: Bukan Lukisan

Lawatan ini mengambil masa kira-kira sejam sekiranya ingin melawat setiap pameran yang di sediakan. Tema pameran berubah-ubah mengikut tempoh tertentu. Bagi peminat karya-karya seni, jangan lupa meluangkan masa berkunjung ke BSVN. Ia berbaloi untuk dikunjungi.

Ok, lokasi lawatan seterusnya akan bersambung selepas Hari Raya Puasa (6 Julai 2016).
Tugu Negara... Mu tunggu aku datang...

Bagi lawatan kali kedua, lokasi kunjungan seterusnya adalah Taman Tasik Titiwangsa.

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan