Sumber: Google Image |
Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang
kelebihan yang diperolehi apabila menyimpan emas fizikal. Berikut adalah
senarai kelebihan memiliki emas fizikal:
1#
Penyimpan Nilai Paling Ampuh Dalam Sejarah Manusia (Kalis Inflasi)
Salah satu fakta
menarik tentang emas ialah keupayaan untuk mengekalkan kuasa beli dalam jangka
masa yang panjang. Sebagai contoh, 1 dinar emas masih mampu membeli seekor
kambing sejak lebih 1400 tahun yang lalu.
Ini dapat dilihat di dalam hadis Nabi.
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada
Urwah yang bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui
sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w
memberi kepada ku satu dinar
dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.”
Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga
aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing
tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah
seekor kambing daripada ku. Lalu aku
menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah
s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai
Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.”
Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu
melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan
lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.” |
Nota:
Ketika zaman Rasulullah
SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar emas (dinar
merujuk kepada syiling emas seberat 4.25gram)
2#
Mudah Mendapatkan Pinjaman Segera (Melalui Gadaian)
Hanya perlu bawa emas fizikal (jongkong,
syiling dan barang kemas) sebagai pajakan di mana-mana kedai Ar-Rahnu (pajak
gadai islam) untuk mendapatkan pinjaman segera. Proses mendapatkan pinjaman
hanyalah mengambil masa sekitar 20-30 minit sahaja sekiranya tiada masalah
berbangkit.
Anda hanya perlu membayar kos simpanan
sahaja dalam tempoh pajakan. Emas yang dipajak boleh ditebus semula pada
bila-bila masa sepanjang tempoh pajakan dengan cara memulangkan semula wang
yang telah dipinjam.
Entri Berkaitan
6 Pekara Penting Yang PerluDiketahui Semasa Memajak Emas
6 Pekara Penting Yang PerluDiketahui Semasa Memajak Emas
3#
Mudah Dijual
Emas adalah aset yang mudah dicairkan. Tidak
seperti wang kertas yang hanya sah digunakan di negara asal atau negara yang
tertentu, emas mudah dijual dimana-mana seluruh dunia menjadikan sebagai aset
pilihan sebagai Dana Kecemasan terutama
apabila melancong ke luar negara.
Entri Berkaitan
3 Kaedah Menjual Balik Emas
3 Kaedah Menjual Balik Emas
4# Aset Mudah Alih
Emas adalah aset yang mudah alih kerana rupanya yang
kecil. Jongkong emas 1 gram (sarung penyimpan emas) boleh diperolehi dalam saiz
yang sama seperti saiz kad pengenalan. Ia memudahkan kita untuk membawanya ke
mana-mana pada bila-bila masa.
Tidak seperti hartanah yang perlu dibeli dalam bentuk sebuah unit, emas boleh dibeli sedikit demi sedikit bermula serendah 0.5 gram sehingga seberat 1 kg.
Jongkong Emas 0.5 Gram |
Entri Berkaitan
Gold Accumulation Program (GAP) (Pengenalan)
Gold Accumulation Program (GAP) (Pengenalan)
6# Kekayaan Di Tangan Kita
Memiliki emas fizikal menjadikan kekayaan
berada ditangan kita. Emas adalah salah satu aset pilihan orang kaya untuk
mengekalkan kekayaan yang ada untuk jangka masa yang panjang. Kerana emas
adalah menyimpan nilai yang terbaik.
Entri Berkaitan
Kaedah Menyimpan Emas & Perak Dengan Cara Selamat
Kaedah Menyimpan Emas & Perak Dengan Cara Selamat
7#
Tiada Siapa Yang Tahu
Emas adalah satu-satunya aset yang tiada rekod
dalam sistem kewangan. Tiada siapa yang tahu berapa banyak emas yang kita
miliki selain daripada kita sendiri.
8#
Aset Tidak Mudah Dimusnahkan
Sifat emas tidak dapat dimusnahkan oleh ejen
perosak seperti udara, air, tanah dan api. Ini membolehkan emas mengekalkan rupa
asal walaupun ditanam, dibakar, dibuang ke hutan atau terpendam dalam air untuk
bertahun lamanya.
Entri Berkaitan
Bagaimana Emas Menyelamat Anda Dari Bencana (Krisis)
Bagaimana Emas Menyelamat Anda Dari Bencana (Krisis)
9#
Aset Paling Tiada Risiko
Emas menjadi aset yang paling tiada risiko
kerana ia boleh disimpan dalam jangka masa yang lama tanpa risau akan rosak.
Emas juga menyimpan nilai yang terbaik (kalis inflasi) kerana mampu mengekalkan
kuasa beli dalam jangka masa yang panjang.
Yang menulis,
Mohd Faiz bin
Abdul Manan
Dealer Public Gold
Dealer Public Gold
Youtube Channel:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan