Isnin, 14 Ogos 2017

Kisah Disebalik Kembara Soloku

Kisah Disebalik Kembara Soloku


Kembara soloku bermula pada tarikh 15 Mei 2016 bagi memenuhi impian untuk menerokai keindahan dunia. Atas sebab kekangan kewangan, masa dan tenaga, kembara ini bermula dengan melawat lokasi yang melibatkan kos yang paling murah atau tanpa kos. Untuk permulaan kembara ini hanya dilaksanakan pada hujung minggu atau waktu cuti umum sahaja dan boleh diselesaikan dalam masa satu hari (Day Trip).


Mengikut perancangan, kembara soloku ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu:

Peringkat 1: 
Lembah Klang (KL, Selangor dan Putrajaya)

Peringkat 2: 
Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka

Peringkat 3: 
Johor, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak

Peringkat 4: 
Luar Negara (Arab Saudi, Korea Selatan, Jepun, China, Eropah, Thailand, Indonesia, Singapura dan Mesir)

Kenderaan Peneman:
Motosikal Honda Wave 100cc
Motosikal Honda Future 125cc (Selepas 15 Januari 2017)

Sumber Rujukan Tempat Menarik:
Internet (Blog/ Google Maps/ Rangkaian Sosial) & Melalui Perbualan

Kategori Lokasi Lawatan:
Muzium, Galeri, Taman, Zoo, Sungai & Air Terjun, Bukit & Gunung, Pantai & Pulau, Aktiviti Luar (Outdoor) dan Pusat Membeli-belah.

Berikut sedikit sebanyak perkenalan tentang kembara solo ini. Untuk makluman para pembaca, hanya sebahagian kecil daripada lawatan yang telah dilaksanakan secara berteman (berkumpulan).

Diharap agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang ingin mengetahui lokasi-lokasi yang menarik di Malaysia.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan