Lokasi:
Bukit
Saga
Aktiviti:
Mendaki
Alamat:
Jalan
Saga 28, Taman Saga,
68000
Ampang Jaya,
Kuala
Lumpur
Waktu Pendakian:
8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Taraf Kesukaran:
Sederhana
ke Susah
Tarikh Lawatan:
12 November 2016
Kembara hari ini bermula dengan mendaki Bukit Saga secara
solo yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Langat. Bukit Saga adalah
lokasi kedua pendakianku selepas Hutan Pendidikan Bukit Gasing.
12/11/2106: Apartment Taman Saga |
12/11/2016: Menyusuri Kawasan Pembinaan Yang Terbiar Untuk Ke Bukit Bukit Saga |
12/11/2016: Bermulanya Di Sini |
12/11/2016: Titisan Air Di Celah-Celah Batu |
12/11/2016: Tingginya |
12/11/2016: ‘Check Point’ Pertama |
12/11/2016: Khemah Untuk Para Pendaki Berehat Sebentar |
12/11/2016: Tali Sebagai Penunjuk Arah |
12/11/2016: Akhirnya Sampai Juga Di Puncak Bukit Saga |
Selepas berehat selama kira-kira
30 minit, perjalanan pun diteruskan menuju ke air terjun Bukit Saga bersama 2
orang kenalan baru yang baru dijumpai ketika berehat di puncak. Ini adalah
pengalaman pertama saya mendaki bersama orang lain. Perjalanan menuju ke air
terjun mengambil masa kira-kira sejam bergantung kepada kelajuan pendakian.
12/11/2016: Ikut Sini |
12/11/2016: Menyeberangi Anak Sungai |
12/11/2016: Melintasi Batu Besar |
Air Terjun Bukit Saga |
12/11/2016: Ambil Gambar Sikit Untuk Kenangan |
Selepas meluangkan masa kira-kira
30 minit menikmati keindahan air terjun sambil beristirehat melepaskan lelah,
tiba masa untuk pulang. Terdapat dua laluan berbeza yang boleh diambil untuk kembali
ke puncak Bukit Saga. Kami mengambil keputusan untuk mengikuti laluan yang sama
semasa menuju ke air terjun kerana ia lebih mudah dan selamat. Cabaran sebenar
dalam pendakian di Bukit Saga adalah semasa hendak pulang dari air terjun ke
puncak sebelum menuruni kaki bukit untuk pulang.
12/11/2016: Mendaki Semula Untuk Pulang |
12/11/2016: Sungguh Mencabar Sekali Laluannya |
12/11/2016: Saga Beirut |
Keseluruhan masa yang diambil untuk pendakian kali ini mengambil masa kira-kira 3 jam bagi pendakian berbentuk santai. Terdapat laluan yang menghubungkan Bukit Saga dengan Ah Pek Hill Trail yang terletak berdekatan.
Mohd Faiz bin
Abdul Manan
Catatan Seorang
Kembara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan