Lokasi:
Bukit Wawasan Trail @ Hutan Simpanan Ayer Hitam
Aktiviti:
Mendaki
Alamat:
Persiaran
Bukit,
Taman
Wawasan,
47100
Puchong, Selangor.
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Taraf Kesukaran:
Sederhana
ke Susah
Tarikh Lawatan:
19 November 2016
Kembara minggu ini dimulai dengan mendaki Bukit Wawasan
yang terletak di Puchong, Selangor. Pendaki kali ini antara pendakian yang
mencabar terutama semasa menuruni bukit. Laluan yang licin (laluan masih basah
kerana hujan turun malam sebelumnya) ditambah dengan kebanyakkan laluan trek
terdiri dari tanah menyebabkan saya merasai pengalaman kali pertama tergelincir
semasa menuruni bukit.
|
19/11/2016: Tak Sanggup Nak Lalu Ikut Laluan Ini |
|
19/11/2016: Sayang Ada Pokok Menghalang Permandangan |
|
19/11/2016: Permulaan Laluan Yang Santai |
|
19/11/2016: Kawasan Lapang Sesuai Untuk Sesi Bergambar |
|
19/11/2016: Nampak Bandar Puchong Dari Sini |
|
19/11/2016: Laluan Masuk Ke Dalam Hutan |
|
19/11/2016: Pancaran Suria Di Pagi Hari |
|
19/11/2016: Papan Tanda Amaran |
|
19/11/2016: Laluan Santai |
|
19/11/2016: Mencabar Juga Laluan Ini |
|
19/11/2016: Letih Sungguh Nak Mendakinya |
|
19/11/2016: Akhirnya Sampai Juga Di Puncak |
|
19/11/2016: Tak Dapat Nak Melawat Air Terjun |
|
19/11/2016: Jauh Lagi Perjalanan, Tak Sampai Setengah Pusingan Pun |
|
19/11/2016: Laluan Ke Air Terjun, Kawasan Larangan Masuk |
|
19/11/2016: Dilindungi Oleh Pokok Yang Tebal |
|
19/11/2016: Perjalanan Diteruskan |
|
19/11/2016: Melalui Titi Menyeberangi Sungai Selepas Menuruni Bukit |
|
19/11/2016: Nasib Baik Turun, Kalau Naik… |
|
19/11/2016: Jalannya Sungguh Licin |
|
19/11/2016: Jumpa Tokong, Dah Dekat Dengan Pintu Keluar |
|
19/11/2016: Laluan Terakhir Sebelum Sampai Ke Pintu Keluar |
Pendakian di Bukit Wawasan,
Puchong adalah pendakian kali ke empat secara persendirian (solo) selepas Hutan
Pendidikan Bukit Gasing, Bukit Saga dan Taman Eko Rimba Kuala Lumpur. Mendakian
ini mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk melengkapkan satu pusingan.
Terdapat dua laluan yang berbeza menuju ke puncak iaitu laluan A dan B. Perjalanan kali ini mengikuti laluan A, keluar ke laluan B.
Mohd
Faiz bin Abdul Manan
Catatan
Seorang Kembara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan