Rabu, 20 September 2017

Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa

Lokasi:

Taman Tasik Titiwangsa
 
Alamat:
6, Lorong Titiwangsa,
Titiwangsa,
53200 Kuala Lumpur.

Masa Lawatan:
8.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Basikal (Sejam)
RM 10 (Seorang)
RM 25 (Berdua)
 
Alamat Sesawang:
http://www.visitkl.gov.my/visitklv2/index.php?r=column/cthree&id=61&place_id=907

Tarikh Lawatan:
20 November 2016 (Kali Ke-1)
15 Januari 2020 (Kali Ke-2)
07 Mac 2020 (Kali Ke-3)
14 Mac 2020 (Kali Ke-4)
30 Ogos 2020 (Kali Ke-5)
09 Januari 2021 (Kali Ke-6)
28 Ogos 2022 (Kali Ke-7)

Taman Tasik Titiwangsa menjadi lokasi terakhir lawatan hari ini selepas selesai menjamu selera di Sate Kajang Haji Samuri, Kajang.

Bagi lawatan kali kedua, Taman Tasik Titiwangsa menjadi destinasi tunggal yang dikunjungi. Kedatangan kali ini untuk melihat perubahan yang berlaku pada taman ini selepas ia ditutup selama lebih setahun bagi tujuan naiktaraf. Kali ini datang berdua.

Bagi lawatan kali ketiga, tujuan utama kedatangan kali ini adalah untuk menerokai kawasan yang tidak sempat dikunjungi bagi lawatan terdahulu (lawatan kali kedua). Selepas naik kereta kuda di Rekreasi Berkuda @ Taman Tasik Titiwangsa, kita kunjungi taman pula. Kali ini bertiga pula.

Bagi lawatan kali ke empat dan kelima, kedatangan ke Taman Tasik Titiwangsa sekadar untuk menunggang basikal menggeliling tasik selama sejam. Kali ini pilih basikal untuk seorang kayuh sahaja. Malangnya, basikal yang dipilih mengalami kerosakkan. Terpaksa tukar basikal lain. Baru hendak berkayuh, hujan turunlah pula. Kali ini hanya dapat berkayuh selama 40 minit sahaja.

Taman Tasik Titiwangsa menjadi lokasi persinggahan pertama pada lawatan kali ke enam. Alang-alang dah ada disini, kita layan basikal lagi. Antara lokasi menarik untuk bergayuh santai. Rezeki hari ini, cuaca mendung walaupun kadang-kadang hujan. Masa PKP ini, hanya satu pintu sahaja yang dibuka.

Bagi lawatan kali ke tujuh, Taman Tasik Titiwangsa menjadi lokasi kunjungan seterusnya selepas Rekreasi Berkuda @ Taman Tasik Titiwangsa. Kali Ini sekadar nak mengayuh basikal sahaja.

20/11/2016: Mari Bersenam
20/11/2016: Kereta Kuda
20/11/2016: Agaknya Mahal Ke Naik Kuda?
20/11/2016: Pancutan Air Ditengah Tasik
20/11/2016: Kawasan Redup
20/11/2016: Senja Hari Di Taman Tasik Titiwangsa


15/01/2020: Setelah Lebih Setahun Ditutup
15/01/2020: Papan Tanda Baharu
15/01/2020: Panas Sungguh Cuaca Hari Ini
15/01/2020: Sesi Melawat ‘Tapak’
15/01/2020: Berlatarbelakang Istana Budaya
15/01/2020: Mekar Sungguh Bunga Di Sini
15/01/2020: Dari Sudut Lain
15/01/2020: Dah Ada Tulisan
15/01/2020: Dah Ada Papan Infomasi Sekarang Ini
15/01/2020: Berteduh Sekejap
15/01/2020: Cantik Landskapnya
15/01/2020: Bunga Ditepi Tasik
15/01/2020: Sejarah Taman Tasik Titiwangsa
15/01/2020: Di Sisir Barat
15/01/2020: Di Penghujung Perjalanan
15/01/2020: Hanya Merentasi Sebahagian Taman Sahaja


07/03/2020: Mekar Sungguh Bunga Disini
07/03/2020: Unik Sungguh Pondok Disini
07/03/2020: Bandaraya Kuala Lumpur
07/03/2020: Jumpa Beberapa Pasangan Pengantin Ambil Gambar Di Taman Ini
07/03/2020: Seronok Jadi Budak-Budak Zaman Sekarang Ini
07/03/2020: Terasa Hendak Naik Tetapi Segan 
07/03/2020: Seronoknya
07/03/2020: Menerokai Laluan Banjaran
07/03/2020: Rehat Sebentar


07/03/2020: Macam Ladang Teh
07/03/2020: Macam Bunga Kertas
07/03/2020: Penantian Yang Tidak Sia-Sia. Serba Lengkap Dan Moden
07/03/2020: Macam Tiada Perubahan Pun Pondok Ini
07/03/2020: Kiraan Termasuk Naik Kereta Kuda
14/03/2020: Kita Berbasikal Pagi Ini
14/03/2020: Kali Pertama Berkayuh Guna Basikal Ini
14/03/2020: Ambil Kesempatan Bergambar Dengan Kuda

31/08/2020: Kali Ini Naik Seorang Sahaja Basikal

31/08/2020: Baru Hendak Main, Hujan Pun Turun. Hilang 20 Minit Masa Berkayuh

09/01/2021: Tajuk Buku Menarik Perhatian
09/01/2021: Geng Basikal
09/01/2021: Kali Ini Berasingan Naik Basikal

09/01/2021: Jauh Pula Kena Berjalan Ke Kereta


28/08/2022: Dah Lama Tak Kayuh Basikal


Berakhirlah perjalanan untuk hari ini (bagi lawatan kali pertama, kedua, ketiga, kelima dan ketujuh).

Bagi lawatan kali keempat dan keenam, perjalanan diteruskan menuju ke Pasar Tunku Abdul Rahman (TAR) @ Kuala Lumpur.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara





Tiada ulasan:

Catat Ulasan