Khamis, 12 Oktober 2017

Ah Pek Hill Trail

Ah Pek Hill Trail

Lokasi:
Ah Pek Hill Trail

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Taman Cheras Awana,
43200 Cheras 9 Miles,
Selangor

Waktu Pendakian:
9.00 pagi - 4.00 petang

Taraf Kesukaran:
Sederhana ke Susah

Tarikh Lawatan:
18 Disember 2016

Kembara hari ini bermula dengan mendaki secara solo di Ah Pek Hill Trail yang terletak di Bukit Ampang. Ia menjadi lokasi terakhir pendakian di Bukit Ampang selepas Bukit Saga dan Ketumbar Hill.

Ah Pek Hill Trail adalah lokasi pendakian paling jauh yang pernah ditempuhi dari segi jarak bagi kategori bukit. Ia mengambil masa selama lebih kurang 6 jam perjalanan untuk membuat satu pusingan lengkap.

Terdapat dua laluan masuk ke Ah Pek Hill Trail iaitu melalui Taman Cheras Awana dan Taman Wangsa Cheras. Terdapat 6 stesen perhentian untuk para pendaki di sepanjang laluan trek.

Secara keseluruhan pendakian kali ini amat memuaskan hati walaupun agak mengecewakan kerana tidak dapat melawat air terjun Ah Pek Hill walaupun ditemani oleh seseorang yang dijumpai ketika berehat di stesen nombor 5. 


18/12/2016: Pintu Masuk Melalui Jalan Awana 23
18/12/2016: Susah Juga Nak Memahaminya
18/12/2016: Bermulalah Perjalanan Yang Jauh Dan Mencabar
18/12/2016: Baru Bermula Ni
18/12/2016: Bersama Peneman Setiaku
18/12/2016: Nampak Sesuatu
18/12/2016: Trek Yang Santai
18/12/2016: Trek Terpisah Oleh Laluan Grid Elektrik
18/12/2016: Menjenguk Permandangan Di Persekitaran
18/12/2016: Sampai Ke Tapak Grid Elektrik
18/12/2016: Bukan Jalan Trek
18/12/2016: Sejauh Mata Memandang
18/12/2016: Kembali Ke Laluan Trek
18/12/2016: Teruskan Langkah Menuju Ke Dalam Hutan
18/12/2016: Semput Dibuatnya
18/12/2016: Sampai Jua Di Hentian Ke 2
18/12/2016: Ikut Sini
18/12/2016: Meredah Hutan Belantara
18/12/2016: Mendaki Terus Mendaki
18/12/2016: Akhirnya Sampai Juga Di Hentian Ke 5
18/12/2016: Dalam Kekecewaan Kerana Tak Jumpa Air Terjun
18/12/2016: Laluan Menuju Ke Bukit Saga
18/12/2016: Ikut Kiri
18/12/2016: Hentian Yang Terbiar
18/12/2016: Perhentian Ke 4
18/12/2016: Dimanakah Ku Berada?
18/12/2016: Jalan Menuju Ke Perhentian Ke 3
18/12/2016: Di Perhentian Ke 3. Ada Laluan Menuju Ke Perhentian Ke 2.
18/12/2016: Sungai Pengalir Di Perhentian 1
18/12/2016: Kawasan Lapang Di Perhentian 1
18/12/2016: Berehat Sebentar Sebelum Meneruskan Perjalanan Pulang



Dengan jarak perjalanan mencecah 13 km, Ah Pek Hill Trail adalah laluan trek paling panjang pernah dilalui dilembah klang setakat ini. Dengan Jarak anggaran tiga kali ganda panjang dari bukit saga menuntut persediaan yang lengkap dari segi fizikal, mental dan peralatan untuk melaluinya.

Lokasi persinggahan seterusnya adalah Taman Dusun Bandar yang terletak di belakang Muzium Istana Negara.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan