Isnin, 30 Oktober 2017

Kelebihan Membeli Emas Melalui Kemudahan GAP Public Gold

Kemaskini pada 14/07/2022

Kelebihan Membeli Emas Melalui Kemudahan GAP Public Gold

Berikut disenaraikan kelebihan yang diperolehi apabila membeli emas melalui kemudahan GAP Public Gold:
 
 
1. Harga Belian lebih Murah
   
Pembeli boleh mendapatkan emas dengan harga lebih murah berbanding membelinya secara runcit. Harga 1 gram emas adalah mengikut harga pasaran* apabila membeli melalui akaun GAP Public Gold. Serendah RM 100.
 
Disini disertakan perbezaan harga emas bagi 1 gram:

Harga Runcit Emas Pada 28/10/2017
Harga Emas 1g GAP

Jadual Kos Premium



Belian Runcit
Harga Belian = RM 250
 
Belian Melalui Kemudahan GAP Public Gold
Harga Belian = RM 188
 
Pengeluaran Emas Fizikal Melalui GAP Public Gold
Harga Belian = RM 198 (RM 188 + RM 10 + RM 10**)
 
Penjimatan:
RM 250 - RM 208 = RM 42
           
*Harga disemak setiap hari tepat jam 12 tengah malam
**Kos Premium bergantung pada produk yang dipilih (RM 10/ RM 20/ RM 100)
 
Nota:
1. Nilai penjimatan adalah berbeza bergantung dengan harga emas semasa bagi akaun GAP dan harga runcit yang ditetapkan.
2. Digalakkan membeli dan keluarkan dari akaun GAP sekiranya ingin memegang emas fizikal dari 1 gram, 5 gram, 1/4 Dinar, 1/2 Dinar & 1 Dinar. Ini kerana harganya jauh lebih murah dari pembelian secara runcit.
3. Had maksimum bagi GIT adalah seberat 21.25 gram sahaja (1 Postage).
 
 
2. Simpanan Secara Percuma
   
Setiap pembelian emas melalui akaun GAP akan disimpan secara percuma oleh Public Gold tanpa had masa dan upah simpanan. 

Caj Gold Premium dan Caj GIT (Postage) hanya dikenakan sekiranya ingin mengeluarkan emas dalam bentuk fizikal.
 
 
3. Pengeluaran Tanpa Had
   
Boleh keluarkan emas fizikal serendah 1 gram di mana-mana 17 cawangan Public Gold seluruh Malaysia (50 gram ke atas) serta 6 cawangan Puboic Gold di Indonesia mengikut waktu operasi cawangan. 

Sila tinggalkan sekurang-kurangnya 1 gram emas untuk memastikan akaun GAP terus aktif. Pihak Public Gold akan mengenakan caj sebanyak RM 50 bagi mengaktifkan semula akaun GAP yang tidak aktif.

Anda juga boleh menggunakan kemudahan pos berinsurans terus ke rumah yang dikenali sebagai GIT. Terhad kepada beberapa produk yang terpilih serta berat sama atau kurang dari 5 Dinar (21.25 gram). Diwajibkan menggunakan kemudahan ini sekiranya ingin mengeluarkan produk seberat 5 Dinar dan ke bawah.

Entri Berkaitan:
 
 
4. Waktu Urusniaga Tanpa Had Masa Dan Lokasi
 
Urusniaga beli dan jual emas boleh dilakukan 24 jam sehari, 365 hari setahun secara atas talian. Sesuai bagi pembeli yang menetap di luar negara atau berada jauh dari cawangan Public Gold yang terdekat.
 
 
5. Kebebasan Mengeluarkan Pelbagai Bentuk Emas Fizikal
 
Memiliki kebebasan untuk mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk 1 gram (pelbagai reka bentuk), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 1 kilogram, 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

Bagi emas melebihi 21.25 gram. Pengambilan stok hanya boleh dilakukan melalui cawangan Public Gold sahaja.


6. Kanak-Kanak Pun Boleh Memiliki Akaun GAP
 
Akaun GAP boleh dibuka seawal 14 hari selepas kelahiran. Selagi ada sijil kelahiran yang rasmi. Ini membuka peluang kepada kanak-kanak memiliki emas seawal yang boleh. 

Terhad hanya pembelian melalui akaun GAP sahaja yang dibenarkan.


Yang menulis,

 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan