Kemaskini pada 18/10/2018
Simpanan adalah proses pengasingan
sebahagian kecil pendapatan bagi tujuan kecemasan atau untuk memenuhi impian
yang memerlukan sumber kewangan yang besar. Menyimpan walaupun mudah dari segi
prinsip tapi sukar untuk dilaksanakan bagi sebahagian besar orang. Oleh itu,
amatlah penting bagi kita untuk mengetahui kaedah yang berkesan untuk memupuk
tabiat menyimpan.
Terdapat 3 sebab utama kita menyimpan iaitu:
1. Dana Kecemasan (Insurans Kewangan)
2. Memenuhi Impian
3. Dana Persaraan (Kebebasan Kewangan)
Terdapat 3 sebab utama kita menyimpan iaitu:
1. Dana Kecemasan (Insurans Kewangan)
2. Memenuhi Impian
3. Dana Persaraan (Kebebasan Kewangan)
Berikut adalah petua ringkas untuk
membantu anda menjadikan tabiat menyimpan suatu kewajiban yang perlu dilakukan
sepanjang masa.
- Mula simpan
dari sekarang. Selagi tak mula selagi itu tak akan berjaya. Buang segala
alasan untuk tidak mula menyimpan. Cari jalan untuk menyimpan sekali pun
dengan cara terpaksa.
- Minta bantuan
orang lain (yang boleh dipercayai) sekiranya masih tidak mampu lakukan
sendiri.
- Untuk
permulaan tidak penting berapa banyak wang yang boleh disimpan, yang
penting bina tabiat menyimpan.
- Sementara
bina tabiat menyimpan, buang sekali tabiat suka guna wang yang disimpan
selain faktor kecemasan (setiap dana yang dibelanjakan perlu diganti
semula). Menyimpan air dalam bekas yang bocor adalah suatu perbuatan yang
sia-sia.
- Tetapkan
matlamat dalam menyimpan sebagai motivasi untuk terus menyimpan.
- Mudahkan
proses menyimpan, rumitkan proses pengeluaran.
- Mengurangkan hutang membantu dalam meningkatkan simpanan.
“Kekayaan bukan dinilai
berapa banyak pendapatan yang ada tetapi berapa banyak yang mampu disimpan”
Setiap orang memiliki matlamat yang
berbeza dalam menyimpan Walaupun begitu, adalah penting bagi kita untuk
memiliki simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji sebagai insurans kewangan. Ia
sebagai persediaan untuk menghadapi bencana kewangan yang boleh melanda kita
pada bila-bila masa sahaja.
“Matlamat pertama dalam menyimpan
adalah dengan membina Dana Kecemasan sebagai insurans kewangan”
Langkah-Langkah
yang perlu dicapai dalam menyimpan
- Simpan dan
lupakan
- Lupuskan
hutang jahat bagi meningkatan simpanan
- Simpan
sekurang-kurangkan 6 bulan gaji bagi insuran kewangan.
- Laburkan
simpanan ke instrument pelaburan yang berisiko rendah.
- Simpan sehingga cukup untuk memenuhi impian yang ada.
Disini saya kongsikan sedikit pengalaman membentuk
tabiat menyimpan. Segalanya bermula apabila pertama kali saya menerima tabung
berbentuk gajah dari BSN (akaun pertamaku). Setiap kali ada syiling ditangan
saya, saya akan simpan dalam tabung. Keseronokan bermula bila tiba masa untuk
mengira berapa banyak duit syiling yang ada dalam tabung.
Sehingga kini saya masih lagi mengamalkan tabiat
menyimpan syiling. Makin banyak saya berbelanja, makin banyak saya simpan
(terhad kepada syiling sahaja). Hanya sekarang menggunakan tabung yang
diperolehi dari Tabung Haji.
Diharap agar artikel ini dapat membantu
anda dalam membentuk tabiat menyimpan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan