Isnin, 4 Disember 2017

Hutan Lipur Papan

Hutan Lipur Papan

Lokasi:
Hutan Lipur Papan

Alamat:
Pusing, Perak.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
29 Januari 2017

Terletak di daerah Pusing, Hutan Lipur Papan menjadi lokasi pertama persinggahan pada hari ini. Mengikut perancangan, perjalanan hari ini akan merangkumi tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan menuju ke Lumut dari Simpang Pulai.

Perjalanan ke Hutan Lipur Papan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai dari jalan utama. Ini kerana selain lokasinya yang terletak jauh ke dalam, keadaan jalan yang tidak begitu baik ditambah kekeliruan jalan menyukarkan usaha untuk sampai ke sana dalam tempoh yang singkat.


29/01/2017: Melalui Tasik
29/01/2017: Mencabar Sungguh Jalannya
29/01/2017: Terdapat Banyak Kebun Di Sepanjang Perjalanan Menuju Ke Hutan Lipur Papan
29/01/2017: Melalui Bahagian Bawah Kabel Elektrik
29/01/2017: Jauh Lagi Ke Hutan Lipur Papan Ini?
29/01/2017: Akhirnya Sampai Juga
29/01/2017: Tiada Kelibat Orang Di Pagi Ini
29/01/2017: Perjalanan Diteruskan Hingga Ke Hujung Jalan
29/01/2017: Di Sepanjang Perjalanan
29/01/2017: Terasa Nak Terjun Jer
29/01/2017: Di Penghujung Jalan
29/01/2017: Notis Peringatan
29/01/2017: Kawasan Lapang
29/01/2017: Masa Untuk Berpatah Balik
29/01/2017: Di Sinari Sang Mentari



Selepas mengharungi perjalanan selama lebih kurang sejam menuju ke Hutan Lipur Papan, perjalanan diteruskan menuju ke Taman Alam Kinta yang terletak di Batu Gajah.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan