Rabu, 17 Januari 2018

7 Peringkat Dalam Pengurusan Kewangan (4. Perlindungan)

7 Peringkat Dalam Pengurusan Kewangan (4. Perlindungan)

Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan/ insurans dalam pengurusan kewangan? Ia boleh ditafsir sebagai ganti rugi dari segi kewangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini yang menyebabkan ketidakmampuan diri untuk meneruskan pencarian nafkah atau bekerja.

Konsep dalam insurans atau takaful adalah saling jamin menjamin antara para peserta. Ia diuruskan oleh syarikat insurans sebagai pemegang amanah. Pampasan akan diberi oleh syarikat kepada pencarum sekiranya ditimpa musibah seperti yang terkandung dalam perjanjian bersama.


Disini disertakan panduan dan petua dalam memilih pelan perlindungan memberi nilai perlindungan yang terbaik kepada kita.

  1. Pastikan insurans diambil ketika masih muda dan sihat kerana pada waktu itu kadar caruman adalah berpatutan dan murah.
  2. Pastikan nilai perlindungan (pampasan) sekurang-kurangnya bersamaan dengan 10 tahun pendapatan dengan pembayaran maksimum 10% dari gaji kasar.
  3. Pastikan perlindungan merangkumi pekara asas iaitu Kematian, Keliatan Kekal/ Lumpuh, Penyakit Kritikal dan Kemalangan.
  4. Sekiranya berkemampuan boleh mengambil insurans berkaitan Pendidikan, Pesaraan, Elaun Hospital, Perlindungan Aset & Harta, Kad Kesihatan (Medical Card) dan sebagainya bergantung dengan keperluan.
  5. Baca dan Mahami dengan teliti syarat-syarat dan peraturan sebelum menyertaikan sebarang pelan insurans/ takaful untuk memudahkan pewaris membuat tuntutan dikemudian hari.
  6. Ibubapa atau pemberi nafkah adalah orang yang wajib didahulukan dalam pembelian insurans sebelum anak-anak atau orang lain yang dalam tanggungan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan