Rabu, 24 Januari 2018

7 Peringkat Dalam Pengurusan Kewangan (5. Pelaburan)

Sumber: Yahoo Image

Apa itu Pelaburan? Pelaburan dalam bahasa mudah adalah komitmen kewangan atau modal untuk membeli instrument kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrument.

Secara perinsipnya dalam dunia pelaburan, makin tinggi risiko yang diambil (risiko kerugian), semakin tinggi pulangan yang akan diperolehi. Oleh itu, prasyarat utama yang perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum memulakan suatu pelaburan adalah dengan memahami terlebih dahulu akan pelaburan tersebut.

“Pelaburan Yang Terbaik Adalah Pelaburan Ke Atas Diri Sendiri”


Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh diperolehi di Malaysia iaitu:

1. Pelaburan Tunai Tetap (Fixed Deposit)
    - Keuntungan diperolehi melalui dividen tahunan
    - Risiko rendah

      2. Unit Amanah/ Amanah Saham
          - Keuntungan diperolehi melalui dividen & proses jual beli

      3. Pasaran Saham
          - Keuntungan melalui dividen & proses jual beli

      4. Hartanah Fizikal
          - Keuntungan melalui proses jual beli dan sewa

      5. Komoditi Fizikal
          - Keuntungan melalui proses jual beli sahaja

      6. Derivatif Kewangan

      7. Pelaburan Koperasi
          - Dividend dan jual pegangan saham

“Mulakan Pelaburan Dengan Menuntut Ilmu Tentang Pelaburan Tersebut”

Tip-tip sebelum memulakan pelaburan:

1. Melabur menggunakan duit lebihan dan bukan duit untuk urusan kehidupan seharian
2. Pastikan simpanan kecemasan telah mencukupi (minimum 6 bulan gaji) sebelum memulakan 
    pelaburan
3. Pelbagaikan pelaburan anda
4. Ketahui risiko yang akan dihadapi sebelum memulakan pelaburan
5. Mulakan dengan jumlah yang kecil untuk sesi pempelajaran

Berminat untuk menjadikan emas sebagai aset pelaburan? Hubungi saya di talian 017-2471372 @ melalui emel mdfaiez04@yahoo.com untuk bimbingan selanjutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan