Sumber: Yahoo Image |
Pewarisan harta
bermaksud proses berpindahnya hak dan kewajiban atas segala sesuatu baik harta
mahupun tanggungan dari orang yang telah meninggal dunia kepada keluarganya
yang masih hidup.
Terdapat dua
kategori pewarisan iaitu Waris Usul (Ibu, Ayah, Datuk dan Nenek) dan Waris Furu’
(Anak, Isteri atau Suami).
Sumber: jomurusduit.com |
Berikut adalah panduan ringkas langkah-langkah
pengurusan harta simati.
Langkah 1: Bayaran Pengurusan Jenazah
Langkah 1: Bayaran Pengurusan Jenazah
Termasuk kos pengebumian, bil hospital (sekiranya ada)
dan lain-lain kos yang terlibat.
Langkah 2: Penyelesaian Hutang (Sekiranya Ada)
Meliputi segala jenis hutang yang belum sempat diselesaikan
oleh si mati. Penting bagi pewaris mengetahui dengan jelas bagi memudahkan
urusan pembayaran balik baki hutang yang ada.
Langkah 3: Badal Haji (Sekiranya Ada)
Badal haji sekiranya si mati belum menunaikan haji.
Langkah 4: Pembahagian Harta Pencarian (Sekiranya Ada)
Melibatkan harta yang diperolehi semasa dalam tempoh
perkahwinan.
KWSP, Unit Trust dibawah PNB (ASB, ASB2 dan sebagainya)
dan Tabung Haji tidak boleh dituntut sebagai harta pencarian.
Langkah 5: Menunaikan Hibah & Wasiat (Sekiranya
Ada)
Pembahagian harta melalui wasiat terhad pada 1/3 dari
harta yang ada sahaja dan khas untuk bukan waris. Hibah yang diberi kepada
bukan waris tidak boleh ditarik balik selepas sempurna penyerahannya.
Urusan pembahagian dalam bentuk hibah akan diutamakan dahulu sebelum wasiat.
Urusan pembahagian dalam bentuk hibah akan diutamakan dahulu sebelum wasiat.
Langkah 6: Kos Pengurusan Berkaitan Urusan Pembahagian
Harta
Meliputi segala kos yang ada semasa dalam proses
pembahagian harta mengikut undang-undang negara.
Langkah 7: Pembahagian Harta Melalui Kaedah Faraid @
Kesepakatan Antara Waris
Pembahagian harta hanya boleh dilaksanakan di atas
baki harta yang ada setelah di tolak semua di atas (langkah 1 hingga 6).
Sekiranya waris masih dibawah umur, ibu atau ayah
boleh jadi pentadbir atau pemegang amanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan