Lokasi:
Cherengin Hills Convention & Spa
Resort Bentong
Alamat:
Lot 5540 & 5936,
28750 Janda Baik,
Bentong, Pahang.
Masa
Seminar:
8.00 pagi – 11.00 malam
Yuran
Pendaftaran:
RM 558 (3 Gram Emas)
Alamat
Sesawang:
http://www.cherenginhills.com/
Tarikh
Seminar:
31 Mac 2017 - 2 April 2017 (Jumaat-Ahad)
Kursus JutawanEmas
Leadership Training yang dianjurkan oleh Public Gold buat kali ke 16 bertemakan Membina Empayar
Emas menjadi aktiviti saya sepanjang hujung minggu ini. Ini adalah kali pertama
saya melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Public Gold semenjak
menjadi Dealer Public Gold pada awal bulan januari 2017.
Kursus kali ini adalah kursus yang paling
panjang tempoh masanya yang pernah saya hadiri. Bermula dari pukul 8.00 pagi
dan berakhir sehingga tengah malam. Modulnya yang banyak ditambah pelbagai
aktiviti menyebabkan tempoh masa berehat amat pendek berbanding dengan kursus
lain.
Terdapat kira-kira 24 peserta (Dealer Public Gold) yang menghadiri
kursus pada kali ini. Para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap
kumpulan diberi nama mengikut nama negara. Nama kumpulan yang saya sertai
adalah Finland. Ketua kumpulan dan pembantu dilantik secara rawak bagi mewakili
kumpulan dan bertanggungjawab memastikan semua peserta menghadiri kelas pada
waktu yang ditetapkan.
Kumpulan yang berjaya menjawab soalan
dengan betul, memenangi suatu pertandingan yang dianjurkan akan mendapat ganjaran
dalam bentuk duit kertas GC. Kumpulan yang memiliki jumlah wang GC yang
terbanyak pada hari terakhir kursus diistihar sebagai pemenang dan diberi
ganjaran berbentuk hadiah. Bagi cabaran individu, setiap peserta hanya perlu
mendapatkan nama, nombor telefon dan bergambar dengan pelanggan sahaja sebagai
rekod. Pemenang dikira berdasarkan siapa yang mendapat jumlah peserta yang
terbanyak sepanjang waktu kursus. Pemenang utama mendapat hadiah berbentuk 0.5
gram emas.
|
31/03/2017: Berkampung Disini Selama 3 Hari 2 Malam |
|
31/03/2017: Cantik Juga Permandangan Disini |
|
31/03/2017: Bahagian Hadapan Hotel |
|
31/03/2017: Lokasi Untuk Sesi Pertama ‘Ice Breaking’ |
|
31/03/2017: Lokasi Untuk Sesi Kedua ‘Ice Breaking’ |
|
31/03/2017: Berehat Sambil Menunggu |
|
31/03/2017: Dalam Perjalanan Menuju Ke Padang Bagi Memulakan Sesi Pertama ‘Ice Breaking’ |
|
31/03/2017: Sesi Keluarkan Peluh |
|
31/03/2017: Panas Juga Cuaca Disini |
|
31/03/2017: Sesi Taklimat Dan Ceramah |
|
31/03/2017: Kasi Urut Sikit |
|
31/03/2017: Pukul 5 Petang Baru Daftar Masuk |
|
31/03/2017: Permandangan Dari Bilik Hotelku |
|
31/03/2017: Pengacara Tetap JLT |
|
31 Mac - 02 April 2017: Sesi Perbincangan Bersama Mentor |
|
31 Mac - 02 April 2017: ‘Facebook Marketing’ Dari Encik Zulkifli |
|
31 Mac - 02 April 2017: Sesi Memperkenalkan Diri |
|
31 Mac - 02 April 2017: ‘Membina Empayar Emas’ Dari Encik Syukor |
|
31 Mac - 02 April 2017: Tulis Sasaran Anda |
|
31 Mac - 02 April 2017: Sesi Ceramah Dari Puan Azizah ‘Mama’ |
|
31 Mac - 02 April 2017: Sesi Pembentangan ‘Impian Saya’ |
|
31 Mac - 02 April 2017: Pasukan Finland |
|
31 Mac - 02 April 2017: Sesi Penyampaian Sijil Oleh Encik Syukor |
|
02/04/2017: Bersama Penulis Buku Encik Zulkifli |
|
02/04/2017: Sesi Bergambar Bersama 3 Mentor Public Gold |
|
02/04/2017: Hanya Berjaya Dapat Seorang Sahaja Selama 3 Hari |
Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati
dan bersyukur kerana dapat menghadiri kursus JLT pada kali ini walaupun ia amat
meletihkan fizikal dan mental.
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan