Lokasi:
Taman
Rimba Templer
Alamat:
Jalan
Rawang,
48200
Rawang,
Selangor
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
Harga Tiket:
Percuma
Alamat
Sesawang:
http://www.mps.gov.my/hutan-rimba-templer
Tarikh
Lawatan:
30 Oktober 2016 (Kali Ke-1)
10 Februari 2018 (Kali Ke-2)
Kembara pada hari ini bermula dengan
berjalan merentasi laluan trek hutan di Taman
Rimba Templer menuju ke air
terjun. Jarak perjalanan untuk sampai ke air terjun dari tempat letak kereta
adalah sejauh kira-kira 5km. Terdapat banyak runtuhkan pokok di sepanjang laluan
trek menyebabkan perjalanan kali ini agak mencabar apabila terpaksa mengharungi
runtuhan pokok untuk mara ke hadapan. Niat hati untuk membuat satu pusingan
terbantut apabila laluan trek tertutup sepenuhnya sehingga memaksa diri untuk
berpatah balik mengikut laluan asal.
Disini juga bermulanya cabaran apabila
saya gagal menjejak kembali laluan trek yang telah ditempuhi semasa berpatah
balik. Untuk balik melalui jalan sungai juga bukan suatu pilihan apabila
terpaksa menempuhi air terjun yang deras.
Akhirnya usaha menjejaki kembali trek
berjaya dilakukan setelah meluangkan masa lebih 15 minit menerokai kawasan
disekeliling. Disini juga kali pertama saya digigit pacat bukan seekor tapi
berekor-ekor di kaki. Darah yang keluar dari kesan gigitan pacat mengambil masa
berjam-jam untuk dihentikan. Sehingga kini kesannya masih dirasai apabila
keadaan disekelilng parut masih terasa gatalnya.
Bagi lawatan kali
kedua, pengembaraan melalui trek hutan di Taman Rimba Templer terhenti
disebabkan laluan trek menyeberangi sungai tertutup dihimpap pokok. Ini
menyebabkan keinginan untuk melihat kembali air terjun gagal dicapai.
|
10/02/2018: Gerbang Utama Taman Rimba Templer |
|
10/02/2018: Laluan Menuju Ke Tempat Letak Kereta |
|
10/02/2018: Tandas Awam Ada Disini |
|
10/02/2018: Sungai Disebalik Taman Mainan |
|
10/02/2018: Lokasi Ideal Untuk Berkelah |
|
10/02/2018: Perjalanan Bermula Disini |
|
10/02/2018: Teruk Juga Laluan Disini |
|
10/02/2018: Tempat Berkelah Kedua |
|
10/02/2018: Sungai Dikawasan Ini Agak Cetek |
|
10/02/2018: Disini Proses Membuang Pacat Dikaki |
|
10/02/2018: Sampai Juga Di Kolam Mandi |
|
10/02/2018: Tak Pandai Berenang Tak Boleh Mandi Disini Sebab Kolamnya Amat Dalam |
|
10/02/2018: Laluan Trek Hutan Bermula Disini |
|
10/02/2018: Laluan Ke Air Terjun |
|
10/02/2018: Laluan Yang Santai |
|
10/02/2018: Sampai Ke Kunci Air |
|
10/02/2018: Melalui Tebing Sungai |
|
10/02/2018: Lokasi Bersihkan Kasut Setelah Berendam Dalam Sungai |
|
10/02/2018: Melalui Titi Menyeberangi Sungai |
|
10/02/2018: Melalui Pondok Usang |
|
10/02/2018: Perjalanan Terhenti Disini Apabila Laluan Ditutupi Runtuhan Pokok |
|
10/02/2018: Pulang Dengan Hati Yang Kecewa |
|
10/02/2018: Laluan Keluar Sekiranya Berjaya Membuat Satu Pusingan |
|
30/10/2016: Air Terjun Taman Rimba Templer |
Taman Rimba Templer adalah laluan trek
hutan pertama yang saya lalui secara solo. Bagi lawatan kali kedua, perjalanan
diteruskan menuju ke Selangor Fruit Valley.
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara
macam mana boleh ada keberanian untuk bergerak secara solo?? saya yag bergerak sekumpulan pun agak risau juga kalau-kalau tersesat :(
BalasPadamSebab utama saya bergerak solo kerana sukar untuk mencari kawan untuk melakukan aktiviti ini. Kalau mahu lakukan, jangan banyak fikir. Buat sahaja. Tetapi sebelum itu pastikan anda ada maklumat berkaitan lokasi yang ingin diterokai. Boleh baca tips keselamatan bagi kembara solo.
Padamsalute bro pergi tempat ni solo
BalasPadamtapi sayang, dah terlewat kunjungi tempat ini. Dah terbiar. Mesti menarik semasa zaman kegemilangan dulu masa mula-mula buka
PadamAndainya betul terbiar,rasa rugi sebab keindahan alam yg menghijau dgn air sungai yg semulajadi mengalir dpt menaikkan pendapatan negara.Penduduk negara Malaysia dpt beriadah dimasa cuti mereka
BalasPadamBerapa banyak lagi kawasan yg sedemikian rupa dibiarkan?
banyak juga kawasan yang mengalami nasib yang sama dengan tempat ini. Tidak terhad di Selangor sahaja.
Padam