Isnin, 5 Mac 2018

Bukit Kutu

Bukit Kutu

Lokasi:
Bukit Kutu

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Kuala Kubu Baharu
44000 Selangor

Waktu Pendakian:
9.00 pagi - 6.00 petang

Taraf Kesukaran:
Sukar ke Amat Mencabar

Tarikh Lawatan:
16 April 2017

Aktiviti hari ini adalah mendaki Bukit Kutu yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Pendakian kali ini ditemani oleh 2 orang rakan sepejabat. Kami bertolak dari pejabat pada pukul 7.30 pagi dan sampai di kaki Bukit Kutu pada pukul 8.45 pagi.

Pendakian bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Pendakian kali ini adalah yang paling lama pernah saya sertai selepas Ah Pek Hill. Keseluruhannya pendakian kali ini mengambil masa lebih kurang 9 jam. 5 jam mendaki ke puncak, 1 jam menerokai puncak dan 3 jam masa yang diambil untuk turun kembali.

Ini adalah pengalaman pertama saya mendaki gunung. Sebelum ini hanya memberi tumpuan mendaki bukit sahaja. Kisah selanjutnya biar gambar berbicara.


16/04/2018: Melalui Jambatan Besi
16/04/2018: Ada Orang Berkhemah Disini
16/04/2018: Sungai Pertek Kuala Kubu
16/04/2017: Perjalanan Santai
16/04/2017: Melalui Jambatan Besi Yang Rosak
16/04/2017: Perjalanan Diteruskan
16/04/2017: Kiri Ke Air Terjun Lata Medang, Kanan Ke Puncak Bukit Kutu
16/04/2017: Tiada Pilihan Terpaksa Meredah Sungai Juga
16/04/2017: Apa Yang Dicari Tu?
16/04/2017: Runtuh Di Hadapan
16/04/2017: Melalui Titi Menyeberangi Sungai
16/04/2017: Cabaran Bermula
16/04/2017: Berehat Sebentar Di Sini (Perhentian C1)
16/04/2017: Ramai Juga Yang Naik Bukit Kutu Hari Ini
16/04/2017: Berehat Sebentar Di Kawasan Sumber Air Bersih (Perhentian C4)
16/04/2017: Pendakian Disambung Kembali
16/04/2017: Sampai Juga Di Kawasan Rehat Batu Tedung
16/04/2017: Perjalanan Masih Jauh, Tabahkan Hati
16/04/2017: Ambil Gambar Dulu Sebelum Teruskan Pendakian
16/04/2017: Hanya Ini Sahaja Yang Tinggal
16/04/2017: Kawasan Lapang Menghampiri Puncak Bukit Kutu
16/04/2017: Sikit Lagi Nak Sampai Puncak
16/04/2017: Di Puncak Bukit Kutu
16/04/2017: Tunggu Giliran Untuk Naik Ke Atas
16/04/2017: Empangan Sungai Selangor
16/04/2017: Laluan Menuju Ke Runtuhan Banglo
16/04/2017: Melawat Tapak Runtuhan Banglo
16/04/2017: Di Penghujung Jalan
16/04/2017: Laluan Yang Menyeramkan
16/04/2017: Letih Yer Bang
16/04/2017: Dalam Perjalanan Pulang
16/04/2017: Dipuncak Kejayaan
16/04/2017: I Love Bukit Kutu
16/04/2017: Tercapai Juga Impian Untuk Mendaki Bukit Kutu
16/04/2017: Jutaan Terima Kasih Kerana Sudi Temanku Mendaki Disini
16/04/2017: Meredah Hujan Semasa Menuruni Bukit Kutu


Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan pendakian kali ini walaupun terpaksa menghabiskan masa sehingga 9 jam.

Dengan ketinggian melebihi 1000 meter dan jarak sejauh kira-kira 13 km menjadikan pendakian kali ini amat mencabar yang pernah saya tempuhi. Ini juga adalah pengalaman pertama saya mendaki gunung bersama rakan sepejabat dan berharap ia bukan kali terakhir.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

2 ulasan: