Selasa, 27 Mac 2018

Kisah Saya Dengan Emas

Kemaskini pada 07/05/2020

Public Gold Global Business Center (PGGBC)

Ini Kisahnya
 
Tidak diketahui secara jelas sejak bila saya didedahkan dengan logam yang berharga ini. Yang diingati emas pertama yang pernah dilihat adalah melalui barang perhiasan yang dipakai oleh keluarga terdekat. Pada masa itu pengetahuan tentang emas amatlah terhad dan ia tidak menarik perhatian bagi seorang lelaki seperti saya berbanding dengan wanita. Keterlibatan saya secara langsung dengan emas bermula dengan pembelian cincin untuk majlis merisik dan bertunang saya pada Jun 2013.
 
Oleh kerana tidak mempunyai pengalaman dalam membeli cincin, ibu dan abang menjadi tempat rujukan pada masa itu. Dari situ saya didedahkan secara langsung dengan urusniaga emas dalam bentuk perhiasan. Bagi barang hiasan harga ditentukan mengikut berat bersih emas (mengikut harga semasa) ditambah dengan kos upah. Bagi pembelian emas di Sri Pinang, hanya harga upah dan berat sahaja ditunjuk.
 
Kita perlu berurusan dengan jurujual untuk mengetahui harga sebenar. Untuk makluman pembaca, cincin risik (belah rotan) dibeli di kedai emas Sri Pinang, manakala cincin tunang (bertatah) dibeli dikedai emas lain.

Jongkong Emas Pertama Yang Saya Miliki

Saya Dan Emas
 
Berpegang teguh dengan perinsip “Sebelum melibatkan diri dalam apa-apa pelaburan sekalipun, mulakan dengan menuntut ilmu terlebih dahulu”, Pencarian maklumat tentang pelaburan bermula pada awal bulan jun 2016 selepas saya mengambil keputusan untuk mempelbagaikan jenis pelaburan. Sebelum ini Amanah Saham Bumiputera (ASB) menjadi tempat pelaburan tunggal bagi saya. Sasaran pertama adalah pelaburan hartanah diikuti dengan pelaburan emas.
 
Oleh sebab urusan pembelian rumah mengambil masa yang lama ditambah dengan pelbagai kesulitan memaksa saya untuk meneruskan pelaburan keatas emas terlebih dahulu. Maka bermulalah sesi menuntut ilmu tentang pelaburan emas. Pencarian tentang pelaburan emas bermula dengan mencari segala maklumat tentang emas melalui google search.
 
Terdapat banyak artikel tentang emas yang boleh dijumpai di internet, tetapi yang paling menarik perhatian saya adalah artikel yang ditulis oleh Encik Zulkifli Shafie di alamat sesawang www.mohdzulkifli.com. Dari situ saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang pelaburan emas fizikal. Setelah berpuas hati dengan segala maklumat yang diperolehi, tiba masa untuk membeli emas sebagai aset. Bak perpatah melayu “sambil menyelam minum air”.
 
Alang-alang ingin membeli dalam jumlah gram yang besar, kenapa tidak menjadi ejen syarikat emas terus. Begitu yang terlintas dalam pemikiran bila ingin memulakan pembelian. Lagipun tidak rugi sekiranya tidak meniaga emas sekalipun.


Aku Dan Power Gold
 
Pada permulaan, emas Public Gold menjadi pilihan. Tetapi oleh sebab perlu membeli dalam jumlah gram yang besar melangkaui bajet asal menyebabkan saya tidak meneruskan hasrat tersebut. Tiba-tiba saya teringat akan seorang sahabat yang dikenali yang telah menjadi ejen syarikat emas Power Gold. Pertemuan di kedai mamak menjadi titik tolak bagi saya menceburi bidang logam berharga. Buat permulaan saya hanya mendaftar sebagai ahli sahaja untuk menjimatkan kos pembelian emas sebelum membeli dalam kuantiti yang besar, tetapi berubah fikiran menjadi ejen Power Gold atas sebab-sebab tertentu.
 
Disini kali pertama saya memiliki jongkong emas pertama seberat 5 gram secara percuma selepas membayar yuran keahlian. Rancangan untuk membeli emas mengikut jumlah yang dikehendaki terhalang disebabkan peruntukan yang disediakan tidak dapat digunakan atas sebab perlu memberi pinjaman kepada ahli keluarga sehingga memaksa saya menangguhkan terlebih dahulu sehingga memperolehi dividen dari pelaburan unit amanah ASB iaitu pada awal januari 2017. 

Jongkong Emas Pertama Yang Saya Miliki


Aku Dan Public Gold
 
Sepanjang tempoh menunggu terdapat banyak pekara yang berlaku yang menyebabkan saya mengalami masalah dalam meneruskan usaha sebagai ejen Power Gold. Berlakunya peristiwa yang besar pada januari 2017 menjadikan niat untuk membeli emas Power Gold dalam kuantiti yang dikehendaki dibatalkan walaupun peruntukan baru telah diperolehi. Akibat dari kekecewaan itu, saya pun beralih arah membeli emas dari Public Gold. Jadi permulalah era memiliki emas fizikal jenama Public Gold.
 
Suatu pekara yang tidak dijangka berlaku selepas urusan pembelian selesai. Saya menerima emel yang memaklumkan bahawa saya telah dilantik sebagai authorised Dealer oleh Public Gold atas sebab telah memenuhi syarat yang ditetapkan. Apabila disemak baru saya perasan ada promosi dengan pembelian serendah 50 gram, anda layak untuk menjadi Dealer Public Gold.
 
Buat masa ini saya sedang menuntut ilmu sambil menyebarkan ilmu tentang pelaburan emas kepada kenalan. Mudah-mudahan saya akan berjaya menjadi seorang Dealer Public Gold yang aktif. 

Jongkong Emas 1 Gram Merdeka edisi Public Gold
Antara Jongkong Emas Pertama Keluaran Public Gold Yang Saya Miliki

Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Ulasan