Selasa, 27 Mac 2018

Sungei Wang Plaza

Sungei Wang Plaza

Lokasi:
Sungei Wang Plaza

Alamat:
Jalan Bukit Bintang,
Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.sungeiwang.com/

Tarikh Lawatan:
22 Mei 2017 (Kali Ke-1)
01 Julai 2017 (Kali Ke-2)
19 Februari 2020 (Kali Ke-3)

Plaza Sungei Wang menjadi lokasi tunggal yang dilawati pada hari ini (di sebelah malam) atas sebab ingin mencari sisa-sisa komik yang telah masih ada yang telah diterjemah ke dalam Bahasa melayu untuk mengantikan koleksi lama yang mengalami kerosakan.

Bagi lawatan kali kedua dan ketiga, Plaza Sungei Wang menjadi lokasi Persinggahan seterusnya dari Plaza Low Yat.


22/05/2017: Dah Lama Tak Datang Sini
01/01/2017: Masih Dalam Suasana Raya
01/07/2017: Di Pintu Masuk Utama
19/02/2020: Mendongak Ke Atas
19/02/2020: Di Ruang Utama
19/02/2020: Berwajah Baru
19/02/2020: Dulu Suka Beli Komik Di Kedai Ini
19/02/2020: Tidak Berpeluang Hendak Bagi Hadiah Dekat Seseorang
19/02/2020: Nampak Macam Pusat Membeli-Belah Yang Baru
Ketika menjejak kaki disini, Sungai Wang Plaza dalam proses menaik taraf bagi memberi nafas baru. Disini juga menjadi lubuk bagi saya untuk mencari permainan video (untuk playstation 1 & 2) dan animasi jepun pada zaman kegemilangan dahulu. Misi berakhir dengan kekecewaan kerana gagal mendapatkan sejumlah komik yang diingini.

Bagi lawatan kali kedua, perjalanan diteruskan menuju ke Lot 10 Shopping CentrePlaza Imbi menjadi lokasi persinggahan seterusnya (bagi lawatan kali ketiga). 


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan