Lokasi:
Wild West Cowboy
Alamat:
59-64, Jalan Ds 2/7,
Bandar Dataran Segar,
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi:
11.00 pagi - 8.00 malam (Isnin - Jumaat)
10.00 pagi - 11.00 malam (Sabtu-Ahad)
Harga Tiket:
RM 15 (7D Interactive Movie)
RM 15 (5D Motion Adventures)
Alamat Sesawang:
http://segarcity.com/
Tarikh Lawatan:
29 April 2017
Setelah melawat tinggalan sejarah di Kota & Muzium Lukut, perjalanan diteruskan menuju ke Wild West Cowboy bagi sesi hiburan di
petang hari. Disini pelawat diwajibkan untuk membeli kad beserta nilai tambahan
(mengikut pakej) untuk menikmati kemudahan hiburan yang ada disini. Saya
memilih pakej yang paling rendah iaitu tambah nilai sebanyak RM 50 beserta
dengan tambahan nilai RM 5 secara percuma.
Terdapat pelbagai hiburan yang boleh didapati disini
seperti wayang interaksi seperti 5D Motion Adventures dan 7D Interactive Movie,
Taman Hiburan Mini dan permainan menguji minda seperti AWAKE.
Atas sebab kekangan masa dan wang, saya hanya sempat
menikmati merasai 5D Motion Adventures sebanyak dua kali dan 7D Interactive
Movie sekali sahaja. Baki kredit yang ada digunakan menikmati permainan yang
ada di Taman Hiburan di tingkat satu.
29/04/2017: Landskap Di Bahagian Hadapan |
29/04/2017: Senarai Tarikan Yang Ada Disini |
29/04/2017: Mascot Taman Hiburan Disini |
29/04/2017: Macam Kenal Watak Ini |
29/04/2017: Kad Nilai Tambah |
29/04/2017: Leceh Kena Pakai Cermin Mata Khas |
29/04/2017: Kereta Kuda |
Setelah menghiburkan diri seketika di Wild West Cowboy, perjalanan diteruskan menujuk ke Port Dickson. Lokasi pertama adalah Perpustakaan Awam Port Dickson.
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan