Sumber: Yahoo Image |
Pada artikel yang lepas saya menyentuh sedikit
sebanyak tentang maksud Kebebasan Kewangan (Finance Freedom) dari
sudut kewangan. Artikel kali ini saya bercerita tentang langkah pertama yang
perlu diambil oleh kita ke arah mencapai kebebasan kewangan.
Mengetahui dengan jelas setiap urusan keluar masuk
duit adalah pra syarat utama sebelum kita memulakan langkah menuju ke kebebasan
kewangan. Dari situ kita akan nampak dengan jelas keadaan kewangan semasa sama
ada dalam keadaan sihat atau pun tidak.
Dalam tempoh sebulan…
Berapa banyak pendapatan yang diperolehi?
Berapa banyak hutang yang dimiliki?
Berapa banyak pendapatan yang mampu disimpan?
Berapa banyak pembelanjaan yang perlu dikeluarkan?
Dan sebagainya…
Semua persoalan di atas akan terjawab dengan adanya
rekod yang dikenali sebagai Belanjawan/ Bajet.
Dengan bajet juga kita dapat mengetahui dengan jelas
adakah pendapatan yang kita perolehi mencukupi untuk menampung kos sara hidup
seharian.
“Hanya ada dua langkah yang boleh
diambil sekiranya pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi untuk menampung
keperluan hidup iaitu kurangkan belanja atau tambahkan pendapatan”
Kenapa kita perlu menyediakan bajet peribadi?
Kenapa kita perlu merancang dengan baik semasa
menyediakan bajet?
Kenapa kita perlu berdisplin dalam mengikut
perancangan yang ditetapkan dalam bajet?
Kerana setiap dari kita memiliki sumber yang terhad.
Oleh itu amat penting kita merancang sebaik-baiknya dalam menghadapi masa depan
yang tak pasti.
“Orang yang gagal merancang, merancang
untuk gagal”
Bagaimana membina bajet yang berkesan?
Ia bergantung dengan keperluan setiap individu. Sebuah
bajet yang baik perlu dipecahkan mengikut peratusan seperti dibawah:
10% untuk simpan (minimum)
05% untuk insuran (perlindungan)
85% untuk keperluan yang lain (merangkumi keperluan
dan kehendak)
Diharap agar artikel ini dapat membantu anda memahami akan
pentingnya membina bajet supaya kita tahu dimanakah kedudukan kita dalam
kewangan.
Bersambung ke artikel seterusnya:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan