Rabu, 4 April 2018

5 Langkah Menuju Kebebasan Kewangan (2. Urus Hutang)

Sumber: Yahoo Image

Artikel kali ini kita bercerita tentang langkah yang kedua yang perlu diambil selepas menyediakan bajet iaitu pengurusan hutang. Sekiranya anda tidak mempunyai masalah dengan hutang, anda boleh meneruskan pembacaan ke artikel seterusnya di bahagian penghujung artikel ini

Apa itu Hutang? Hutang boleh ditafsir sebagai menggunakan pendapatan yang bakal kita perolehi dimasa hadapan untuk kegunaan pada hari ini.


Persoalannya bagaimana kita dapat menggunakan pendapatan yang masih belum diperolehi? Kebiasaan kita akan meminjam dari pihak lain dan berjanji akan membayar balik apa yang dipinjam pada masa hadapan mengikut syarat yang dipersetujui.

“Hutang ibarat api dalam sekam. Ia memakan kekayaan kita secara paksa tanpa rela. Ia ibarat merompak kekayaan pada masa hadapan untuk kepentingan pada hari ini.”

Hutang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu hutang baik dan hutang jahat. Hutang baik bermaksud hutang yang dibuat untuk menjana keuntungan yang lebih dimasa hadapan. Manakala hutang jahat adalah hutang yang dibuat untuk belanja hangus (tanpa hasil).

Untuk memahami dengan jelas berbezaan antara hutang baik dengan hutang jahat adalah seperti contoh berikut:

Rumah/ Kediaman

Hutang Baik:
Membeli rumah untuk pelaburan (Beli & Sewa @ Beli & Jual)

Hutang Jahat:
Membeli rumah untuk kediaman/ diduduki

Hutang jahat sepatutnya perlu dihadkan hanya kepada dua pekara sahaja iaitu membeli kenderaan dan rumah. Kerana untuk memilikinya kita perlu mempunyai sejumlah dana yang besar. Berhutang untuk pekara lain tidak digalakkan. Sekiranya kita perlu berhutang untuk memilikinya, itu bererti kita masih tidak mampu untuk membelinya.

Langkah pertama kearah membebaskan diri dari belenggu hutang terutama hutang jahat, ialah dengan berhenti dari membuat hutang baru. Senaraikan segala hutang yang ada. Fokus selesaikan hutang yang mempunyai kadar bunga (interest) yang paling tinggi. Cari jalan untuk menggabungkan atau menstrukturkan kembali semua hutang yang ada sekiranya perlu.

Fokus utama kita adalah untuk menyelesaikan secepat mungkin semua hutang terutama hutang jahat sambil mula membina tabiat menyimpan.

Diharap agar artikel ini dapat membantu anda untuk mendapat idea untuk menyelesaikan hutang yang ada.


Bersambung ke artikel seterusnya:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan