Sumber: Yahoo Image |
Pada artikel yang lepas kita menyentuh sedikit
sebanyak tentang pengurusan hutang. Fokus utama kita adalah bagi menyelesaikan
hutang jahat terlebih dahulu. Selagi hutang masih ada, selagi itu proses
menyimpan akan menjadi amat perlahan. Disini pentingnya kita mempunyai Pendapatan Tambahan.
Apa yang dimaksudkan dengan pendapatan tambahan?
Pendapatan tambahan bererti pendapatan yang diperolehi
selain daripada pendapatan tetap.
Apakah ciri-ciri pendapatan tambahan?
Kebiasaannya sumber kewangan dari pendapatan tambahan
tidak bersifat kekal. Ia hanya diperolehi dalam keadaan tertentu sahaja. Dengan
erti lain tiada jaminan untuk memperolehinya pada setiap masa. Oleh itu ia menjadi
sumber yang sesuai untuk melunaskan hutang yang ada tanpa menganggu kehidupan
harian.
Dari mana sumber pendapatan tambahan diperolehi?
Ia boleh diperolehi dari pelbagai sumber seperti bonus
tahunan, insentif dan kerja lebih masa (OT) dan juga perniagaan yang dijalankan
secara separuh masa (Partime).
Tips dan panduan dalam memulakan
perniagaa secara separuh masa
1.
Kenalpasti
kemahiran yang ada untuk ditawarkan kepada bakal pelanggan.
2.
Kenalpasti perniagaan
yang anda suka lakukan dan ada permintaan dipasaran.
3.
Melabur ke dalam
diri sendiri untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu (dengan
menghadiri seminar, membaca buku dan sebagainya).
menghadiri seminar, membaca buku dan sebagainya).
4.
Mulakan perniagaan
dengan menggunakan sumber yang ada ditangan (Jangan Berhutang).
5.
Mulakan perniagaan
dengan menjadi ejen kepada syarikat lain supaya anda mendapat
bimbingan dan ilmu yang betul.
bimbingan dan ilmu yang betul.
Sekiranya anda masih tiada idea untuk memulakan
perniagaan. Sila lawati blog Hidup Ringkas bagi mendapatkan idea untuk memulakan perniagaan dengan kos yang minimum
berserta panduan tentang perniagaan.
“Perancangan yang terbaik sekalipun akan
menjadi sia-sia tanpa disertakan dengan tindakan yang betul (ikut perancangan).
Rahsianya adalah displin dan konsisten.”
Diharap agar artikel ini dapat membantu anda
mendapatkan idea bagi menyelesaikan hutang yang ada dalam tempoh yang singkat
dengan menggunakan pendapatan tambahan.
Bersambung ke artikel seterusnya:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan