Khamis, 5 April 2018

5 Langkah Menuju Kebebasan Kewangan (4. Bina Dana Kecemasan)

Sumber: Yahoo Image

Sekiranya anda telah berjaya melunaskan segala hutang yang ada (terutama hutang jahat) atau sekurang-kurangnya berjaya membayar secara konsisten hutang yang ada semasa membaca artikel ini. Saya ucapkan tahniah kerana berjaya sampai ke tahap ini.

Pada ketika ini, anda telah berada separuh perjalanan menuju ke Kebebasan Kewangan. Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini sehingga ke peringkat ini.

Kenapa menyelesaikan hutang menjadi keutamaan berbanding menyimpan?
Kerana tanpa hutang, proses menyimpan akan menjadi lebih laju dengan syarat ke semua wang yang ada untuk membayar hutang berjaya dialihkan ke dalam simpanan. Matlamat pertama dalam menyimpan adalah dengan membina Dana Kecemasan.


Apakah itu dana kecemasan?
Sejumlah wang yang telah sedia ada dalam menghadapi situasi kecemasan seperti kehilangan pekerjaan.

Kenapa perlu dana kecemasan?
Sebagai insuran kewangan kita dalam menghadapi ketidaktentuan di masa hadapan.

Apakah berbezaan antara dana kecemasan dengan insuran perlindungan?
Insuran perlindungan hanya memberikan ganti rugi sekiranya pencarum kehilangan keupayaan untuk bekerja (keliatan kekal atau diserang penyakit berpanjangan) atau berlakunya kematian. Manakala dana kecemasan bertindak membantu kita ketika kita perlukan duit yang angka yang besar.

Contohnya, sekiranya berlaku kerosakan pada kereta yang memerlukan jumlah wang yang besar untuk membaikinya. Dana kecemasan akan membantu dalam keadaan begini.

Berapa jumlah wang yang diperlukan untuk dana kecemasan?
Pakar kewangan merumuskan jumlah dana kecemasan yang perlu disediakan adalah sekurang-kurangnya sebanyak 6 bulan gaji semasa yang diterima pada waktu itu.

Tips dan panduan menguruskan dana kecemasan

      1.      Sediakan dana kecemasan sekurang-kurangnya dalam dua bentuk yang berbeza bergantung dengan kadar kecairannya (keupayaan mengunakan dana yang ada dalam tempoh yang singkat).

      2.      Sebahagian kecil dana kecemasan perlulah berada dalam tangan kita. Sekiranya risau akan terbelanja kepada pekara bukan kecemasan. Anda boleh pertimbangkan menukarkan dana kecemasan itu dalam bentuk emas. Manakala baki dana kecemasan perlu diletakkan dalam tabung yang memberi dividen seperti ASB atau TH bagi mengelakkan kerugian nilai atas faktor inflasi.

      3.      Pastikan dana kecemasan hanya digunakan semasa waktu kecemasan sahaja. Setiap sen yang dikeluarkan bagi tujuan kecemasan perlulah diganti semula di lain hari.

      4.      Pastikan dana kecemasan sentiasa tersedia untuk digunakan pada bila-bila masa.

      5.      Pastikan dana kecemasan disimpan ditempat yang tidak mudah untuk dikeluarkan tetapi tidak terlalu sukar dikeluarkan.

Diharap agar artikel ini dapat membantu anda memahami dengan jelas pentingnya memiliki dana kecemasan sebelum menuju ke langkah terakhir iaitu terlibat dalam bidang pelaburan.


Bersambung ke artikel seterusnya:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan