Sumber: Yahoo Image |
Pelaburan adalah langkah terakhir yang perlu diambil dalam
mencapai status Kebebasan Kewangan. Sebelum
kita bercerita secara lebih mendalam tentang pelaburan, mari kita imbas balik
senarai semak yang perlu diikuti untuk mencapai cita-cita mengecapi Kebebasan
Kewangan.
Perjalanan Menuju Kebebasan Kewangan**
Matlamat*:
Memiliki Simpanan Tunai Sebanyak RM 1.2 Juta di ASB @
TH
Sumber*:
Memiliki pendapatan pasif sekurang-kurangnya RM 4,000
sebulan (Dividen dari ASB @ TH)
Senarai Semak:
Langkah 1: Sediakan Bajet
Langkah 2: Selesaikan Hutang ‘Jahat’
Langkah 3: Jana Pendapatan Tambahan
Langkah 4: Simpan Sambil Melabur
Dimanakah anda sedang berada sekarang ini?
Tahniah diucapkan sekiranya anda berjaya sampai ke Langkah
4.
Catatan Tambahan
*Sila tetapkan sendiri matlamat yang ingin dicapai
**Sekadar contoh perancangan menuju ke kebebasan
kewangan
Sebelum terlibat dalam pelaburan, terlebih dahulu kita
perlu mengetahui beberapa pekara bagi mengelak atau
mengurangkan kerugian dalam pelaburan.
“Dalam Pelaburan Rugi Itu Pasti, Untung
Belum Tentu”
Panduan dan Tips
Sebelum Melabur
1.
Pastikan sumber
pelaburan datang dari lebihan duit yang tidak ingin digunakan dalam masa
terdekat.
2.
Pastikan Dana
Kecemasan telah tersedia sebelum mulakan pelaburan. Sila pastikan dana
kecemasan
dilaburkan dalam pelaburan risiko rendah dan mudah dicairkan pada
bila-bila masa yang diperlukan (seperti
dalam Emas, Amanah Saham dan Tabung
Haji). Dana kecemasan perlu dilaburkan untuk mengekalkan
nilai@kuasa pembeli.
3.
Pastikan sumber
pelaburan bukan datang dari dana kecemasan bagi mengelakkan kerugian.
4.
Kenalpasti jenis
pelaburan yang ingin diceburi. Mulakan pelaburan dengan ilmu terlebih dahulu
(memahami
selok-belok dalam pelaburan itu penting untuk mengurangkan kerugian
sambil memaksimumkan keuntungan)
5.
Kenalpasti tahap
risiko suatu pelaburan itu. Lagi tinggi risiko, lagi tinggi keuntungan dan
begitu sebaliknya.
6.
Sila pastikan
keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan melebih kadar inflasi tahunan
7.
Jangan melabur
menggunakan duit pinjaman.
Disini disertakan
beberapa jenis pelaburan yang boleh dipertimbangkan
Jenis Pelaburan:
(1) Amanah Saham/
Unit Trust
Contoh: Amanah Saham Bumiputra (ASB)
Kaedah:
Pengurus amanah akan menguruskan pelaburan bagi pihak pencarum
Tahap Risiko:
Rendah
Keuntungan:
Dividen/ Penambahan Unit @ Jual Beli (bagi unit amanah bukan harga tetap)
Kos:
Caj jualan balik unit (bergantung kepada jenis unit amanah)
Kelebihan:
Keuntungan Yang Konsisten (Stabil)
Kekurangan:
Keuntungan Yang Rendah
(2) Hartanah
Fizikal
Kaedah:
Sewa atas Sewa, Beli dan Sewa @ Beli dan Jual
Tahap Risiko:
Rendah ke Tinggi
Keuntungan:
Melalui
Sewaan @ Proses Jualbeli
Kos:
Bayaran Pendahuluan, Caj Pembelian@Jualan, Interest Bulanan, Caj Khidmatn Peguam dan lain-lain
kos tersembunyi
Kelebihan:
Keuntungan yang Konsisten (melalui sewaan)
Kekurangan:
Kos permulaaan yang amat tinggi. Perlu modal yang banyak untuk menceburi
bidang hartanah.
(3) Deposit Tetap
(Fixed Deposit)
Kaedah:
Simpan melalui deposit tetap di bank
Tahap Risiko:
Rendah
Keuntungan:
Melalui
Pembagian Dividen/ Penambahan Unit
Kos:
Tiada (bergantung kepada polisi bank)
Kelebihan:
Keuntungan yang konsisten/tetap. Boleh dijadikan sebagai cagaran untuk membuat pinjaman
bank.
Kekurangan:
Dividen
yang rendah
(4) Pasaran Saham
Kaedah:
Membeli saham di pasaran saham
Tahap Risiko:
Sederhana
ke Tinggi
Keuntungan:
Dividen/
Penambahan Unit dan Jual Beli
Kos:
Caj buka akaun dan caj jualan balik saham
Kelebihan:
Boleh menjana keuntungan yang tinggi dalam masa singkat
Kekurangan:
Boleh
mengalami kerugian besar dalam masa singkat
(5) Komoditi
Fizikal
Contoh: Emas Fizikal
Kaedah:
Beli dan Simpan
Tahap Risiko:
Rendah
Keuntungan:
Jual
Beli
Kos:
GST dan kos-kos lain
Kelebihan:
Memilikinya secara mutlak/ sepenuhnya
Kekurangan:
Risiko
kehilangan, kerosakan dan ketidaktentuan harga
Tujuan utama melabur adalah untuk mengembangkan aset
yang dimiliki. Mencapai kebebasan kewangan hanyalah sebagai langkah permulaan
dalam mencapai impian hidup yang kita inginkan.
“Jangan berbicara tentang Pelaburan
sekiranya anda tiada Simpanan. Jangan berbicara tentang Simpanan sekiranya anda
tiada Pendapatan”
Tetapkan impian dengan anggapan masa dan wang bukan
halangan. Ia akan menjadikan hidup ini bermakna.
“Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan
ke atas diri sendiri”
Diharap agar artikel ini
dapat memberi panduan kepada anda dalam mengecapi Kebebasan Kewangan. Jangan
biarkan wang jadi penghalang anda untuk mencapai impian yang diingini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan