Selasa, 3 April 2018

5 Langkah Menuju Kebebasan Kewangan (Pengenalan)


Sumber: Yahoo Image

Apakah yang dimaksudkan dengan Kebebasan Kewangan (Finance Freedom)? Bagaimana kita mengecapinya? Adakah dengan mempunyai pendapatan yang banyak? Atau mempunyai aset yang banyak?

Artikel kali ini akan merungkai persoalan tersebut secara lebih mendalam dimulai dengan memahami dengan jelas maksud sebenar Kebebasan Kewangan sebelum kita berbicara tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat akhir dalam pengurusan kewangan iaitu Kebebasan Kewangan.

Untuk memahami dengan lebih jelas erti kebebasan kewangan, kita perlu memahami terlebih dahulu erti Kekayaan. Seseorang boleh dikatakan kaya apabila pendapatan yang diterima melebihi pembelanjaan yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu.

Walaupun begitu, menjadi kaya bukan bererti anda sudah mengecapi kebebasan kewangan, selagi mana status pendapatan yang anda diterima adalah dari Pendapatan Aktif.


Kebebasan Kewangan hanya dikecapi oleh seseorang apabila dia mempunyai Pendapatan Pasif yang melebihi daripada Pembelanjaan yang diperlukan. Dengan kata lain, seseorang itu perlu menjadi kaya terlebih dahulu dan sumber kekayaan itu perlulah datang dari pendapatan pasif.

“Gaji sebanyak RM 1,000 dari pendapatan pasif adalah jauh lebih besar daripada gaji RM 10,000 dari pendapatan aktif kerana pendapatan aktif itu boleh menjadi RM 0 apabila diri kita tidak mampu bekerja lagi”

Pendapatan > Pembelanjaan = Kaya
Pendapatan Pasif > Pembelanjaan = Kebebasan Kewangan

Contoh Situasi:

Ali bin Abu memiliki aset sebanyak 1.2 juta dalam bentuk tunai. Ali menyimpan tunai tersebut di institusi seperti dibawah:

Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Dividen Tahunan                    
RM 84,000 (7%)*

Selepas Potongan Zakat         
RM 54,000 (4.5%)

Pendapatan Pasif
RM 4,500 (Sebulan)

Pembelanjaan (Sebulan) 
RM 3,500**

Baki    
RM 500 (Positif)

Pendapatan > Pembelanjaan = Positif
Status: Kebebasan Kewangan

Tabung Haji (TH)
Dividen Tahunan
RM 48,000 (4%)*

Pendapatan Pasif                    
RM 4,000 (Sebulan)

Pembelanjaan (Sebulan)         
RM 3,500**

Baki                                
RM 1,000 (Positif)

Pendapatan > Pembelanjaan = Positif
Status: Kebebasan Kewangan

Nota Tambahan:
* Dividen bergantung kepada prestasi semasa
** Bergantung dengan keperluan individu

Berikut di sertakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengecapi Kebebasan Kewangan:

Langkah 1: Sediakan Belanjawan/Bajet
Langkah 2: Selesaikan Hutang Jahat
Langkah 3: Jana Pendapatan Tambahan
Langkah 4: Bina Dana Kecemasan
Langkah 5: Simpan Dan Labur

Diharap agar artikel ini dapat membantu anda memahami dengan lebih jelas tentang Kebebasan Kewangan.


Bersambung ke artikel seterusnya:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan