Selasa, 22 Mei 2018

3 Langkah Mudah Keluarkan Emas Fizikal Dari Akaun GAP

Kemaskini pada 09/07/2022

3 Langkah Mudah Keluarkan Emas Fizikal Dari Akaun GAP

Entri kali ini saya kongsikan 3 langkah mudah yang perlu diambil untuk mengeluarkan emas dalam bentuk fizikal daripada akaun GAP melalui kaunter di cawangan Public Gold.


Langkah 1: Hubungi Cawangan Public Gold Untuk Tempahan

Pekara pertama yang perlu anda dilakukan adalah dengan menghubungi kakitangan Public Gold di cawangan terdekat untuk tempahan jenis produk yang diingini. Sila tekan Cawangan Public Gold untuk menyemak lokasi dan nombor telefon setiap cawangan yang ada di seluruh Malaysia dan Indonesia.

Kenapa ia penting? Kerana bukan semua produk emas Public Gold ada di cawangan sepanjang masa. Sila tekan Senarai Produk Public Gold untuk mengetahui rekabentuk terkini yang ada.

Nota:
1. Bermula Jun 2020, pelanggan perlu membuat temujanji terlebih dahulu di alamat sesawang Public Gold sebelum menghadirkan diri di cawangan terdekat.
2. Bermula Mei 2020, hanya produk emas yang memiliki berat melebihi 21.25 gram (Emas) atau 1,000 gram (Perak) sahaja yang boleh dikeluarkan di cawangan Public Gold. 
3. Semua produk yang memiliki berat sama atau kurang akan di pos terus ke alamat seperti yang dalam pendaftaran.


Langkah 2: Datang Ke Cawangan Public Gold Terdekat

Selepas tempahan dilakukan, Public Gold akan menghubungi anda bagi urusan pengambilan emas fizikal dalam berat yang anda inginkan. Anda juga boleh menghubungi kembali pihak Public Gold untuk perkembangan terkini. Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk pengesahan identiti. Hanya pemilik akaun sahaja dibenarkan mengeluarkan emas dari akaun GAP.

Sekiranya ingin menggunakan wakil, sila dapatkan borang kebenaran dari cawangan terlebih dahulu. Anda boleh menghubungi cawangan Public Gold yang terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang prosedur yang perlu diikuti sekiranya tidak dapat hadir ke cawangan Public Gold terdekat.


Langkah 3: Bayar Kos Premium & Ambil Emas Yang Ditempah

Setiap emas yang dikeluarkan melalui akaun GAP, anda akan dikenakan kos premium (kos pengangkutan) bergantung kepada berat emas yang dikeluarkan. Anda boleh merujuk jadual dibawah untuk mengetahui kos premium yang dikenakan bagi setiap kategori (mengikut berat).

Jadual Terkini Kos Premium Yang Dikenakan (Bermula 1 Ogos 2017)

Anda akan diberi resit pengeluaran bagi setiap emas yang dikeluarkan. Sila semak nombor siri, gram dan jenis bagi memastikan produk yang dikeluarkan adalah betul seperti yang diminta. Setelah anda berpuas hati dengan maklumat yang tertera dalam resit adalah sama dengan emas yang dikeluarkan, sila tandatangan sebagai pengesahan menerima produk dalam keadaan baik.

Contoh Resit Dan Produk Emas 1g Edisi Raya 2018

Beginilah serba ringkas tentang kaedah untuk mengeluarkan emas melalui akaun GAP. Kaedah ini juga terpakai bagi pengeluaran perak melalui akaun SAP.

Berikut adalah produk emas yang boleh dikeluarkan melalui akaun GAP. (1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram, 1000 gram, 1/2 Dinar, 2 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar)

Berikut adalah produk Perak yang boleh dikeluarkan melalui akaun SAP. (250 gram, 500 gram, 1000 gram dan 5000 gram)


Permohonan boleh dibuat melalui alamat sesawang Public Gold bagi emas seberat 21.25 gram dan ke bawah serta Perak seberat 1,000 gram dan ke bawah.

Entri Berkaitan


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Ulasan