Sumber: Google Image |
Artikel kali ini saya kongsikan tentang 5
kesilapan utama yang sering kita lakukan dalam pelaburan emas iaitu:
1. Memilih Barang Kemas Sebagai Aset Pelaburan Emas
Antara kesilapan
yang biasa dilakukan oleh orang ramai adalah memilih barang kemas sebagai aset
pelaburan. Kenapa barang kemas tidak sesuai dijadikan sebagai aset pelaburan?
Terdapat 3 faktor
utama yang menyebabkan barang kemas bukan pilihan yang bijak iaitu (1)
Harga belian yang mahal (Harga upah boleh dimanipulasi), (2) Harga jual
balik yang rendah (terutama barang kemas yang mempunyai permata) dan (3)
Pergerakan harga yang perlahan atau statik (Kebiasaannya bila harga emas naik,
harga barang kemas turut naik. Tetapi bila harga emas turun, kebiasaaannya
harga barang kemas akan lambat turun).
Oleh itu, pastikan
kita memilih jongkong emas atau dinar sebagai aset pelaburan kerana kos
pembeliannya lebih murah dan kadar susut nilai yang rendah berbanding dengan
barang kemas.
2. Memilih Jenama Emas Yang Salah
Terdapat pelbagai
jenama emas yang boleh diperolehi dipasaran pada masa kini. Membeli emas itu
amatlah mudah. Menjual kembali emas yang dimiliki tanpa mengalami kerugian itu
satu cabaran. Tersilap langkah, maka lagi panjanglah tempoh masa yang
diperlukan untuk memperolehi keuntungan dari emas yang dimiliki.
Oleh itu sebelum
membeli emas, pastikan anda membaca terlebih dahulu entri Faktor-Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Emas sebelum membuat keputusan memilih jenama emas yang
diingini.
3. Membeli Emas Ketika Harga Tengah Naik
Kesilapan ini juga
biasa dilakukan oleh orang ramai (termasuk saya juga) apabila membeli emas
dengan harga yang mahal. Ini menyebabkan kita terpaksa menunggu lebih lama
untuk memperolehi keuntungan daripada emas tersebut.
Apabila harga emas
tengah naik, kebanyakkan dari kita membuat keputusan membeli emas (mengikut
emosi) hanya berdasarkan anggapan akan memperolehi keuntungan dikemudian hari.
Waktu harga emas
naik adalah waktu yang paling sesuai untuk menjual emas yang ada dengan syarat
kenaikan harga emas melebihi purata harga sewaktu membeli emas dahulu.
4. Menjual Emas Ketika Harga Tengah Turun
Seperti juga
kesilapan membeli emas ketika harga tengah naik, kejatuhan harga emas juga akan
menyebabkan kita bertindak secara emosi dengan menjual emas yang dimiliki secara
tergesa-gesa bagi mengurangkan kerugian yang dialami.
Waktu harga emas
turun adalah waktu yang paling sesuai untuk membeli emas dengan harga diskaun
sekiranya harga emas semasa adalah lebih murah dari purata harga sewaktu
membeli emas dahulu.
5. Memajak Emas Dilokasi Yang Salah
Kesilapan memilih
kedai pajak juga akan menyebabkan kita mengalami kerugian dari segi (1) kos
upah simpan yang mahal, (2) pembiayaan yang tidak mencukupi, (3) kerosakkan
pada emas seperti calar, kemek, bengkok dan terbuka sarungnya semasa proses
menguji ketulenan.
Emas yang dibuka
sarungnya akan dinilai sebagai emas terpakai dan biasanya kadar susut nilai
meningkat mencecah 25%-30% (bergantung dengan kedai) dari harga emas semasa.
Pastikan memilih
kedai pajak ar-rahnu (untuk muslim) bagi mengelakkan riba. Pilih kedai pajak
yang berdekatan dengan kawasan anda bagi menjimatkan kos pengangkutan. Kedai
pajak yang terbaik menawarkan pinjaman yang tinggi dengan kos upah simpan yang
rendah dan yang paling penting menerima emas untuk dipajak tanpa perlu buka
sarung untuk menguji ketulenan.
Entri Berkaitan:
Diharap agar
penerangan ringkas ini dapat membantu anda mengelak kesilapan dalam pelaburan
emas dengan melakukan kesilapan seperti diatas.
“Siapa
yang tidak belajar dari pengalaman orang lain akan dihukum mengulanginya”
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Tiada ulasan:
Catat Ulasan