Sumber: Yahoo Image |
Membeli dan memiliki barang berharga
seperti emas dan perak menuntut kita untuk menguruskan aset tersebut secara bijaksana
bagi memastikan ia berada dalam keadaan selamat sepanjang masa.
Terdapat tiga risiko yang perlu dihadapi
apabila kita memiliki emas atau perak iaitu:
1# Kerosakkan pada aset tersebut
Terkemek, Tercalar, Terpatah dan
sebagainya
2# Kehilangan aset tersebut
Terlupa dimana letak, Terjatuh, Terbuang
dan sebagainya.
3# Kecurian
Dicuri, Dirompak, Terambil dan sebagainya.
Terdapat beberapa pekara yang perlu diambil
perhatian semasa menyimpan barang berharga iaitu:
1# Jangan bagi
tahu sesiapa pun yang anda memiliki emas atau perak kecuali kepada waris
terdekat dan individu yang dipercayai. Pengecualian diberikan kepada peniaga
emas.
2# Jangan biarkan
emas dan perak anda terdedah kepada umum (dilihat oleh orang lain). Sembunyikan
dari pandangan orang lain kecuali bila perlu. (Sekiranya ingin dijual kepada
orang lain atau sebagai motivasi kepada orang lain untuk memilikinya)
3# Jangan bawa
aset tersebut ke mana anda pergi bagi mengelakkan berlakunya keciciran akibat
kecuaian diri sendiri atau dicuri oleh orang lain tanpa sedar kecuali sekiranya
ada matlamat khusus (sebagai dana kecemasan dan sebagainya).
Entri kali ini saya berkongsi beberapa
kaedah yang boleh diamalkan bagi memastikan simpanan emas dan perak anda berada
dalam keadaan selamat sepanjang masa.
1.
Beli Dan Simpan Di Rumah
Ia adalah kaedah paling biasa orang
lakukan. Menyimpan emas dirumah memberi ketenangan kepada pemiliknya disebabkan
emas tersebut dekat dengan kita. Lokasi terbaik untuk menyimpan emas di dalam
rumah adalah ditempat yang orang biasanya tidak terfikir
seperti dalam kotak, belakang jam,
ditanam di kawasan lapang disekeliling rumah dan sebagainya.
Seperti nasihat mentor emas saya encik
Zulkifli, kalau ingin menyimpan dirumah seelok-eloknya simpan di tempat yang
berbeza. Ini penting bagi mengurangkan risiko kecurian apabila rumah dipecah
masuk. Hanya jangan menyimpan dibanyak lokasi bagi mengelakkan situasi kita
terlupa simpan dimana.
2.
Beli Dan Simpan Di Pejabat
Ramai orang tidak
perasan menyimpan di pejabat mungkin menjadi tempat yang percuma dan selamat
bagi barang berharga.
Ia hanya sesuai
sekiranya pejabat anda memiliki sistem keselamatan yang canggih seperti memiliki
(1) CCTV, (2) Pos kawalan, (3) Sistem keselamatan yang hanya memberi kebenaran
kepada orang berkelayakan sahaja untuk masuk dan (4) rakan sekerja yang boleh
dipercayai.
3.
Beli Peti Simpanan Dan Simpan Dirumah
Kaedah ini memakan kos yang tinggi dan
tidak selamat sangat bila diletak di dalam rumah. Kalau perompak masuk rumah,
itulah yang menjadi sasaran pertama yang hendak dibuka. Kaedah ini biasanya
digunakan untuk memastikan simpanan selamat dari ahli keluarga lain dan
pembantu rumah.
Bagi orang kebanyakkan seperti saya,
kaedah ini agak mahal dan tidak praktikal untuk diamalkan.
4.
Beli Dan Simpan Di Peti Simpanan Di Bank Atau Syarikat Swasta
Simpan di peti besi di syarikat swasta
atau bank adalah cara paling selamat dan murah untuk diamalkan. Ini kerana
semua barang berharga yang disimpan dilindungi insurans.
Bagi kebanyakkan orang, menyimpan di bank
kosnya adalah lebih murah. Hanya keburukkannya adalah waktu operasi yang terhad
serta perlindungan insuran yang lebih rendah berbanding dengan syarikat swasta.
Hanya bagi saya, ia hanya berbaloi sekiranya barang berharga yang dimiliki
adalah dalam kuantiti yang banyak dan amat mahal.
5. Beli Melalui Akaun Emas
Menyimpan emas dalam akaun emas adalah
cara termurah dan selamat yang saya amalkan sekarang ini. Kebanyakkan akaun
emas akan menyimpan emas kita secara percuma. Hanya perlu memastikan akaun emas
tersebut disandarkan kepada emas bagi mengelakkan isu syariah.
Itulah 5 tips penting cara menyimpan emas
dan perak dengan selamat. Sekiranya para pembaca tidak nampak cara penyelesaian
pada artikel ini, mungkin boleh mempertimbangkan membeli emas jenama Public
Gold dan simpan terus di akaun emas GAP Public Gold secara percuma.
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Youtube Channel:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan