Sumber: Yahoo Image |
Sebelum saya berkongsi kaedah menguruskan Dana
Kecemasan mengikut acuan sendiri, kita perlu memahami terlebih dahulu apakah
itu Dana Kecemasan.
Apa itu Dana Kecemasan?
Secara amnya merujuk kepada sejumlah wang yang
disimpan untuk digunakan ketika anda berada dalam situasi terdesak yang
memerlukan sejumlah wang yang banyak bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kenapa penting menyediakan Dana Kecemasan?
Untuk menggelakkan situasi kewangan semasa terjejas
teruk ketika krisis melanda.
Bila Dana Kecemasan boleh digunakan?
Sewaktu anda memerlukan jumlah wang yang banyak untuk
menyelesaikan masalah dengan kadar segera kerana sekiranya masalah tersebut
tidak diselesaikan ia akan menganggu kehidupan seharian anda.
Berikut saya kongsikan sedikit sebanyak kaedah yang
saya amalkan dalam pengurusan Dana kecemasan. Dana kecemasan saya diasingkan
kepada 3 kategori iaitu untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
1. Jangka Masa Pendek
Jumlah Dana: RM 188* (tunai)
Lokasi Simpanan: Dalam dompet
Kadar Kecairan: Tinggi (boleh digunakan pada
bila-bila masa)
2. Jangka Masa Sederhana
Jumlah Dana: 9.25 gram* (1 Dinar & 5 gram
Jongkong Emas)
Lokasi Simpanan: Dalam dompet
Kadar Kecairan: Sederhana (perlu dicagarkan untuk
mendapatkan wang
3. Jangka Masa Panjang
Jumlah Dana: Minimum 6 bulan gaji semasa
Lokasi Simpanan: Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Kadar Kecairan: Sederhana Rendah (hanya boleh
dikeluarkan pada hari biasa sahaja dalam masa yang
terhad)
Nota Tambahan:
1. Pastikan setiap
wang yang diambil dari Dana Kecemasan diganti balik secepat mungkin.
2. Tentukan
sendiri apa yang dikatakan situasi kecemasan yang melayakkan anda menggunakan
dana kecemasan yang ada.
3. Simpan Dana
Kecemasan dilokasi yang mudah dikeluarkan bila perlu.
4. Labur Dana
Kecemasan di pelaburan berisiko rendah tetapi membeli pulangan pada kadar melebihi
kadar inflasi tahunan
Beginilah cara saya menguruskan Dana Kecemasan bagi menghadapi masa depan yang tidak pasti. Anda bagaimana?
Youtube Channel:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan