Sumber: http://www.airdiffusion.com.my |
Tesco Rawang
Alamat:
1, Jalan Rawang,
48000 Rawang,
Selangor.
Waktu
Operasi:
8.00 pagi - 11.00 malam (Ahad-Khamis)
8.00 pagi - 1.00 pagi (Jumaat, Sabtu &
Cuti Umum)
Alamat
Sesawang:
https://www.tesco.com.my/
Tarikh
Lawatan:
05 Ogos 2017
Tesco Rawang menjadi lokasi terakhir yang
sempat dilawati pada hari ini selepas Taman Awam Raub. Perjalanan menuju ke
Tesco Rawang melalui jalan Bukit Fraser antara perjalanan yang paling mencabar
yang pernah saya lalui sepanjang pengembaraan ini. Perjalanan mengambil masa
lebih kurang satu jam lebih bermula dari 6.45 petang sehingga 8.20 malam.
Antara cabaran yang terpaksa ditempuhi
adalah perubahan cuaca yang makin gelap, laluan yang berliku-liku menyebabkan
sukar untuk memecut laju, kenderaan di seberang yang tidak kelihatan sehingga
membelok, gangguan dari kenderaan lain seperti cahaya lampu kereta dan
keletihan fizikal kesan dari perjalanan yang jauh telah saya tempuhi.
05/08/2017: Sampai Juga Disini Akhirnya |
Berakhirnya satu perjalanan yang panjang
dalam siri pengembaraan ini. Bersambung pada esok hari.
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan