Memahami bagaimana kadar susut nilai berfungsi (dalam pelaburan emas) adalah suatu pekara yang wajib diketahui terlebih dahulu sebelum memulakan pembelian emas. Artikel kali ini akan menyentuh asas berkaitan kadar susut nilai bagi emas dan perak.
Apakah itu kadar susut nilai (spread)?
Kadar susut nilai (spread) adalah perbezaan
harga jual dan beli emas atau perak mengikut harga semasa. Kadar susut nilai
dikira dalam peratusan (%). Ia adalah cara peniaga emas dan perak memperolehi
keuntungan daripada aktiviti jual beli.
Bagaimana kadar susut nilai (spread)
dikira?
Disini disertakan formula perkiraan untuk
rujukan:
(Harga Jual (RM) - Harga Beli (RM))/ Harga
Beli (RM) X 100 = Kadar Susutnilai (%)
Contoh:
10 gram Jongkong Emas (Goldbar)
(1799 – 1637) / 1637 X 100 = 9.896 %
100 gram Jongkong Perak (Silver Bar)
(258 – 219) / 219 X 100 = 17.808 %
Harga Jual Dan Beli Balik Produk Emas Jenama Public Gold (01/06/2018) |
Harga Jual Dan Beli Balik Produk Perak Jenama Public Gold (01/06/2018) |
Untuk pengetahuan anda, peratusan kadar
susut nilai semakin kecil apabila membeli produk emas dan perak dalam gram yang
besar. Ini disebabkan kos pembuatan emas semakin meningkat dalam menghasilkan
jongkong emas yang bersaiz kecil.
Sebagai contoh, emas seberat 1 kg adalah
lebih mudah ditempah berbanding memotong emas seberat 1 kg untuk menghasilkan
1000 keping jongkong emas seberat 1 gram.
Oleh itu adalah digalakkan membeli dalam
gram yang besar bagi mengurangkan kadar susut nilai. Ini secara tidak langsung
dapat memendekkan tempoh masa untuk menjana keuntungan.
Diharap agar artikel ini dapat memberi
gambaran asas tentang kadar susut nilai (spread). Pastikan anda mengetahui kadar
susut nilai (spread) sesuatu jenama emas dan perak sebelum membuat keputusan
membelinya.
“Harga
Yang Paling Murah Per Gram Bukan Pilihan Yang Terbaik Untuk Dibeli Sekiranya Kadar
Susut Nilai Adalah Tinggi”
Kadar Susut Nilai Bagi Produk Emas Public Gold |
Kadar Susut Nilai bagi Produk Perak Public
Gold
Jongkong Perak (g)
|
Kadar Susut Nilai (%)
|
250
gram
|
14
%
|
500
gram
|
13 %
|
1000
gram
|
12
%
|
5000
gram
|
12 %
|
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Youtube Channel:
Fahami Maksud Sebenar Kadar Susut Nilai (Spread) Emas & Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan