Sumber: Yahoo Image |
Menara Kuala Lumpur
Alamat:
2, Jalan Puncak,
50250 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)
Alamat Sesawang:
http://www.menarakl.com.my/
Tarikh Lawatan:
22 Oktober 2016 (Kali Ke-1)
13 Ogos 2017 (Kali Ke-2)
18 Ogos 2018 (Kali Ke-3)
18 Ogos 2018 (Kali Ke-3)
Lokasi
Persinggahan:
Menara Kuala Lumpur menjadi salah satu destinasi yang
dikunjungi di Kuala Lumpur. Bagi lawatan kali pertama, lokasi yang disinggah
hanyalah di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur untuk sesi pendakian secara solo pada
sebelah petang. Perjalanan bermula dari Galeri Interaktif NRE dikaki bukit
Nanas menuju ke Menara Kuala Lumpur dan kemudian turun semula ke bawah.
Manakala, bagi lawatan kali kedua, Menara Kuala Lumpur
menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada hari ini. Disini saya ditemani oleh
dua orang kenalan menerokai Menara Kuala Lumpur bermula dengan mendaki bukit di
Taman Eko Rimba KL. Selepas itu, perjalanan pun diteruskan dengan menaiki KL Hop-On Hop-Off menggeliling Kuala Lumpur. Kemudian, Sky Deck menjadi lokasi yang dikunjungi seterusnya sebelum ke lokasi terakhir pada hari ini iaitu di Observation Deck. Oleh kerana
masa mencemburui, kami membuat keputusan untuk menaiki Grab dari pintu masuk
Menara Kuala Lumpur menuju ke tempat letak kereta di bawah kaki Bukit Nanas.
Bagi lawatan kali ketiga, kedatangan kali ini adalah untuk menjamu selera di Atmosphere 360 Revolving Restaurant @ Menara KL yang terletak di tingkat atas Pelantar Pemerhati (Observation Deck) @ Menara KL.
Bagi lawatan kali ketiga, kedatangan kali ini adalah untuk menjamu selera di Atmosphere 360 Revolving Restaurant @ Menara KL yang terletak di tingkat atas Pelantar Pemerhati (Observation Deck) @ Menara KL.
13/08/2017: Permandangan Dari Tempat Letak Kereta |
13/08/2017: Permandangan Kuala Lumpur Dari Observation Deck |
13/08/2017: Permandangan Dari Sky Deck |
13/08/2017: I Love KL Tower |
13/08/2017: Rumah Terbalik |
18/08/2019: Nak Makan Pun Kena Ada Tiket |
18/08/2019: Hari Ini Ada Peneman |
18/08/2019: Bersama Model Menara Kuala Lumpur |
18/08/2019: Ada Rezeki Datang Lagi |
Terdapat banyak lokasi menarik yang masih belum diterokai di Menara Kuala Lumpur. Berharap suatu hari nanti berpeluang untuk melawat semua tempat menarik di sini.
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan