Rabu, 6 Jun 2018

Pelantar Terbuka (Sky Deck) @ Menara Kuala Lumpur

Pelantar Terbuka (Sky Deck) @ Menara KL

Lokasi:
Pelantar Terbuka (Sky Deck) @ Menara Kuala Lumpur

Alamat:
Menara Kuala Lumpur
2, Jalan Puncak,
50250 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Harga Tiket:

Combo Sky Deck (Warganegara)
RM 80 (Dewasa)
RM 44 (Kanak-Kanak)

Combo Sky Deck (Bukan Warganegara)
RM 110 (Dewasa)
RM 60 (Kanak-Kanak)

Alamat Sesawang:
http://www.menarakl.com.my/

Tarikh Lawatan:
13 Ogos 2017

Selepas meluangkan masa menikmati bandaraya Kuala Lumpur dengan menaiki KL Hop-On Hop-Off. Pelantar Terbuka (Sky Deck) di Menara Kuala Lumpur menjadi lokasi persinggahan seterusnya.

Oleh kerana saya memiliki 2 keping kupon diskaun sebanyak 15% yang diperolehi semasa menyertai larian sempena merayakan ulangtahun ke 20 Menara Kuala Lumpur, saya hanya perlu membayar sebanyak RM 75 sahaja untuk melawati Pelantar Menara Kuala Lumpur (Sky Deck dan Observation Deck).

Terdapat dua kotak lutsinar (Sky Box) disediakan disini. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan beratur menunggu giliran merasai kedua-dua kotak lutsinar yang diletak menghadap bahagian lain bandaraya Kuala Lumpur.


13/08/2017: Seluas Mata Memandang
13/08/2017: Bersedia Untuk Terbang
13/08/2017: Kecilnya KLCC
13/08/2017: Menara Maybank
13/08/2017: Letih Menunggu Giliran
13/08/2017: Sikit Lagi Nak Sampai
13/08/2017: Permandangan Di Pelantar Terbuka (Sky Deck)
13/08/2017: Wow Menyeramkan
13/08/2017: Di Penjuru Kotak
13/08/2017: Senyum 
13/08/2017: Menuju Ke Kotak Lutsinar Di Bahagian Lain
13/08/2017: Ada Restauran Di Sini
13/08/2017: Tak Dapat Nak Lepak Disini, Tengah Mengejar Masa
13/08/2017: Antena Menara Kuala Lumpur
13/08/2017: Bahagian Belakang Menara Kuala Lumpur
13/08/2017: Jarak Paling Dekat Dengan KLCC
13/08/2017: Menikmati Permandangan Bandaraya Kuala Lumpur
13/08/2017: Tarikan Terbaru Di Menara KL
13/08/2017: Dari Sudut Tepi
13/08/2017: Dan Burung Pun Berterbangan Pergi
13/08/2017: Tangga Ke Kotak Lutsinar (Sky Box)
13/08/2017: Senarai Menara Di Seluruh Dunia
13/08/2017: Senarai Menara Di Seluruh Dunia 2
13/08/2017: Replika Menara Kuala Lumpur
Ke lokasi terakhir pada hari ini, Pelantar Pemerhati (Observation Deck) @ Menara KL.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara



Tiada ulasan:

Catat Ulasan