1. Musim Membeli (Menanam)
Apakah itu Musim Membeli?
Musim Membeli terjadi spabila berlakunya penurunan mendadak harga emas di pasaran dunia secara berterusan (konsisten) dalam jangka masa tertentu.
Bagaimana anda ingin mengetahui bila masanya ia
terjadi?
Apabila harga emas turun secara mendadak melebihi 10 peratus dari kadar pemurataan harga pembelian anda.
Apa yang patut anda lakukan sekiranya harga emas turun
secara mendadak melebihi dari 10 peratus secara konsisten dalam jangka masa
tertentu?
Berhenti membeli emas dan tunggu sehingga harga memcecah paras lantai (harga terendah). Kemudian mulakan pembelian dalam gram yang banyak (beli emas secara borong). Kaedah ini dapat membantu mengurangkan kos pembelian semaksimum yang mungkin. Ini secara tidak langsung dapat mempercepatkan proses pengambilan keuntungan dikemudian hari.
2. Musim Menyimpan (Membaja)
Apakah itu Musim Menyimpan?
Musim Menyimpan berlaku apabila julat penurunan dan kenaikan harga emas di pasaran dunia tidak melebihi 10 peratus dari kadar pemurataan harga pembelian anda dalam jangka masa tertentu. Dengan erti kata lain, kadar perubahan harga (naik dan turun) tidak jauh berbeza.
Bagaimana anda ingin mengetahui bila masanya ia
terjadi?
Apabila kadar naik dan turun harga emas tidak melebihi 10 peratus dari kadar pemurataan harga pembelian anda dalam jangka masa tertentu.
Apa yang patut anda lakukan sekiranya pergerakan harga
emas tidak melebihi dari 10 peratus secara konsisten dalam jangka masa tertentu?
3. Musim Menjual (Menuai)
Apakah itu Musim Menjual?
Musim Menjual terjadi apabila berlakunya peningkatan secara mendadak harga emas di pasaran dunia secara berterusan (konsisten) dalam jangka masa tertentu.
Bagaimana anda ingin mengetahui bila masanya ia terjadi?
Apabila harga emas naik secara mendadak melebihi 10 peratus dari kadar pemurataan harga pembelian anda dalam jangka masa tertentu.
Apa yang patut anda lakukan sekiranya harga emas naik secara mendadak melebihi dari 10 peratus secara konsisten dalam jangka masa tertentu?
Berhenti membeli emas dan tunggu sehingga harga emas mencecah paras silling (harga tertinggi). Kemudian jual kembali emas anda dalam gram yang besar (jual secara borong). Kaedah ini dapat membantu memaksimumkan keuntungan yang akan diperolehi daripada proses penjualan emas anda.
Persoalannya adalah…
Apakah musim yang kita hadapi sekarang (2020) dalam Pelaburan Emas?
Jawapannya adalah…
Musim Menyimpan (Menuai).
“Ketahuilah bahawa orang yang paling untung semasa harga emas
meningkat adalah orang yang telah pun memiliki emas fizikal di tangan”
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Youtube Channel:
3 Musim Dalam Pelaburan Emas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan