Jumaat, 10 Ogos 2018

Tips & Panduan Berjimat Hanya Di PG Mall

Kemaskini pada 22/11/2020

Tips & Panduan Berjimat Hanya Di PG Mall

Artikel kali ini saya kongsikan kaedah untuk berjimat semasa membeli barang secara atas talian hanya di PG Mall.

Formulanya adalah seperti berikut:

[Harga Barang] + [Pos Berdaftar][Baucer Diskaun][Baucer Tunai] = [Harga Belian]

Sekarang mari kita lihat dengan terperinci contoh penjimatan yang boleh diperolehi menggunakan formula diatas.

Peringkat 1: [Harga Barang]
Maklumat Produk:
Baju Polo Public Gold
Harga Asal: RM 88
Harga Selepas Diskaun (44%): RM 50


Produk Yang Diberi Diskaun (Dalam Masa Terhad)
Peringkat 2: [Pos Berdaftar]
Maklumat Produk:
Baju Polo Public Gold
Harga Terkini: RM 50
Harga Jualan (Termasuk Kos Pengangkutan): RM 50 (Percuma kos penghantaran dengan pembelian minimum sebanyak RM 50)


Barang Yang Diberi Pelepasan Kos Pengantaran (Dalam Masa Terhad)

Peringkat 3: [Baucer Diskaun]
Maklumat Produk:
Baju Polo Public Gold
Harga Terkini: RM 50
Harga Jualan (Selepas Guna Baucer Diskaun): RM 45 (Diskaun 10% dengan pembelian minimum RM 50)

Kupon Diskaun

Peringkat 4: [Baucer Tunai]
Maklumat Produk:
Baju Polo Public Gold
Harga Terkini: RM 45
Harga Jualan (Selepas Guna Baucer Tunai sebanyak RM 15): RM 30

Nota:
*Bergantung jumlah tunai yang di c-wallet

Kupon Tunai
Peringkat 5: [Harga Belian]
Maklumat Produk:
Baju Polo Public Gold
Harga Asal: RM 88
Harga Belian: RM 30
Penjimatan: RM 58

Formula pengiraan:
RM 50 + RM 0 – RM 5 – RM 15 = RM 30

Persoalan sekarang, bagaimana kita sebagai pembeli dapat berjimat seperti kes diatas? Berikut adalah tips dan petua berjimat dengan mengurangkan kos pembelian di PG Mall.

Peringkat 1: [Harga Barang]
Di PG Mall, terdapat banyak produk yang ditawarkan dengan harga promosi (dalam masa terhad). Apa yang perlu anda lakukan adalah membeli barang tersebut semasa promosi sedang berjalan.

Anda juga boleh mendapatkan barang dengan harga yang amat murah melalui jualan ‘Hot Sales’ pada setiap hari.

Peringkat 2: [Pos Berdaftar]
Di PG Mall, anda boleh dikecualikan kos pengantaran barang dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Peringkat 3: [Baucer Diskaun]
Bagaimana anda boleh mendapatkan kupon diskaun secara percuma di PG Mall? Salah satu kaedah adalah dengan menyertai Daily Mystery Gift Campaign pada setiap hari. Anda berpeluang berpeluang memenangi kupon diskaun pada setiap hari.

Untuk pengetahuan anda, setiap pengguna baru akan diberi kupon diskaun secara percuma sebagai ‘Welcome Gift’.

Peringkat 4: [Baucer Tunai]
Setiap pengguna boleh mendapatkan baucer tunai (di simpan di c-wallet) melalui beberapa kaedah iaitu:

1.      Rebet pembelian barang untuk kegunaan sendiri dan keluarga.
2.      Rebet pembelian barang oleh pelanggan yang berdaftar dengan PG Mall melalui ‘referral link’ yang kita kongsikan semasa pendaftaran kali pertama.
3.      Menyertai Daily Mystery Gift Campaign pada setiap hari.

Ringkasan Pesanan Edisi Terhad Baju Polo Ulangtahun ke 10

Semoga artikel ini dapat membantu anda berjimat semasa membeli barang di PG Mall.


Belum daftar? Sila tekan butang Daftar Disini untuk mendaftar sebagai pengguna baru. 


Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan