Isnin, 24 September 2018

6 Pekara Penting Yang Perlu Diketahui Tentang Pelaburan Emas

Kemaskini pada 02/05/2020

6 Pekara Penting Yang Perlu Diketahui Tentang Pelaburan Emas

Sebelum anda membuat keputusan melibatkan diri dalam pelaburan emas. Terdapat beberapa pekara yang perlu diketahui terlebih dahulu bagi mengelakkan kerugian dari segi kewangan dan masa. Sebarang kesilapan dalam pelaburan emas hanya akan diketahui selepas beberapa tahun pembelian dilakukan.

“Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan yang kita ada ilmu tentangnya”

Berikut saya kongsikan 6 pekara penting yang perlu anda ketahui tentang Pelaburan Emas iaitu:


1. Pelaburan Emas Adalah Pelaburan Komoditi

Ia bermaksud keuntungan daripada pelaburan emas hanya datang dari aktiviti jual beli sahaja. Dengan kata lain keuntungan hanya dapat diperolehi melalui aktiviti beli pada harga murah, jual pada harga mahal (buy low, sell high). Pelaburan emas tidak menjanjikan keuntungan dalam bentuk lain seperti dividen yang dinikmati seperti dalam pelaburan saham.

Perumpamaannya adalah seperti menanam pokok balak. Pokok balak hanya dapat dinikmati hasilnya selepas pokok tersebut ditebang. Keuntungan dari pelaburan komoditi adalah lumayan tetapi hanya dapat dinikmati sekali sahaja.

Kebaikan pelaburan komoditi adalah segala keuntungan dan kerugian hanya di atas kertas sahaja selagi barang tersebut masih berada ditangan kita.

Entri Berkaitan:


2. Beli Itu Mudah, Jual Itu Sukar (Tanpa Rugi)

Oleh kerana keuntungan dalam pelaburan emas datang dari aktiviti jual beli sahaja. Adalah penting bagi kita memilih jenama yang betul agar keuntungan yang diperolehi dapat di maksimumkan.

Pada masa kini, membeli emas adalah amat mudah. Emas boleh dibeli melalui dua kaedah iaitu secara tradisi (kedai emas) atau melalui aktiviti jualan atas talian. Cabaran sebenar bermula apabila kita membuat keputusan untuk menjualnya kembali.

Kesilapan dalam memilih jenama yang betul akan menyebabkan kita tidak mendapat keuntungan yang sepatutnya sebaliknya mengalami kerugian pula. Oleh itu ketahui cara yang betul untuk menjual kembali emas tersebut sebelum membuat keputusan membelinya.

Entri Berkaitan:


3. Risiko Dalam Pelaburan Emas

Setiap pelaburan ada risikonya yang tersendiri. Pelaburan Emas tidak terkecuali juga. Mengetahui dan memahami risiko adalah penting untuk memastikan pelaburan yang dilakukan berbaloi (untung).

Setiap pekara dicipta berpasangan. Di mana ada ‘Keuntungan’, disitu ada ‘Kerugian’. Seni menguruskan kerugian itu dipanggil ‘Pengurusan Risiko’.

Entri Berkaitan:


4. Mengetahui Cara Menyimpan Emas Dengan Betul

Asas Pelaburan Emas adalah Beli Emas, Dapat Emas dan Simpan Emas. Oleh kerana emas adalah barang berharga (aset) yang mudah alih, anda perlu tahu bagaimana menyimpan dengan selamat bagi memastikan emas tersebut tidak hilang atau rosak sepanjang tempoh simpanan.

Terdapat dua kaedah untuk menyimpan emas iaitu dengan menyimpannya sendiri atau memberi kebenaran kepada pihak lain untuk menyimpankan bagi pihak kita. Setiap kaedah ada baik dan buruknya. Terpulang kepada anda untuk memilih kaedah terbaik sesuai dengan situasi anda.

Entri Berkitan:


5. Kenalpasti Posisi Anda Dalam Pelaburan Emas

Pekara pertama yang perlu anda lakukan sebelum membuat keputusan untuk membeli emas adalah dengan menetapkan matlamat terlebih dahulu.

Matlamat yang jelas akan membantu anda mengenalpasti posisi yang sesuai. Posisi yang betul akan mengelakkan diri daripada menanggung kerugian pada masa hadapan. Setiap posisi memiliki kaedah yang tersendiri.

Entri Berkaitan:


6. Memilih Produk (Item) Yang Betul

Emas boleh diperolehi dalam tiga bentuk iaitu jongkong @ syilling (dinar) dan perhiasan (barang kemas). Setiap satu daripadanya mempunyai fungsi yang berbeza. Jongkong @ syilling emas dikeluarkan bagi tujuan pelaburan manakala barang kemas pula sebagai perhiasan khas untuk wanita.

Oleh itu jangan silap memilih tahu. Mahal harga yang perlu dibayar nanti terutama bila berurusan dengan barang berharga ini (emas).

Entri Berkaitan:

Ingin mengenali dengan lebih dekat produk emas dan perak jenama Public Gold? Kunjungi pautan dibawah.


Berminat mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Emas? Tekan pautan di bawah:

Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan