Khamis, 6 September 2018

Seronoknya Membeli Jongkong @ Dinar Emas Jenama Public Gold

Kemaskini pada 23/07/2022

Seronoknya Membeli Jongkong @ Dinar Emas Jenama Public Gold

Seronoknya membeli jongkong @ dinar emas jenama Public Gold kerana:
 
 
Mudahnya Beli. Layari alamat sesawang Public Gold untuk membeli produk emas pada bila-bila masa (24 jam sehari, 7 hari seminggu), tidak kira berada di mana pun. Asalkan memiliki rangkaian internet yang stabil serta akaun bank atas talian.
 
Entri Berkaitan:
Manual Kaedah Membeli Emas Secara Runcit(Outright Purchase)
 
Mudahnya Jual Balik. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali produk emas dan perak walaupun dalam keadaan bengkok, calar, patah dan sebagainya. Apa yang paling menarik, kadar susut nilai hanya bertambah sebanyak 1% dari asal. Terdapat lebih dari 18 cawangan di Malaysia dan 6 cawangan di Indonesia boleh dikunjungi bagi proses jual kembali emas yang dimiliki.
 
Beli Emas & Nak Simpan Sendiri. Semua produk emas seberat 21.25 gram dan ke bawah yang telah dibeli di pos terus ke rumah menggunakan kemudahan GIT. Semua pos dilindungi insuran. Selain dari itu, produk tersebut perlu diambil di cawangan Public Gold terdekat.
 
Beli Emas Tapi Tak Nak Simpan Sendiri. Beli emas (dalam gram) melalui akaun GAP. Public Gold menyimpan emas kita secara percuma. Sekiranya berubah fikiran dikemudian hari, boleh dapatkannya dalam bentuk fizikal mengikut senarai produk yang ada. Dengan syarat baki 1 gram perlu ada dalam akaun untuk elak akaun tutup.
 
Beli Emas Mesra Ar-Rahnu (Gadaian). Produk Public Gold edisi Bunga Mas dan Taifook, Dinar serta jongkong didatangi secara berasingan dengan sijil ketulenan (tidak bersarung kekal). Ini memudahkan proses uji ketulenan dilakukan ketika gadai di Ar-Rahnu. Kita masih boleh gadai emas bersarung kekal di Ar-Rahnu yang tidak membuka sarung seperti Ar-Rahnu Pos dan Ar-Rahnu Tekun.
 
Beli Emas Berkualiti & Di Yakini Ketulenannya. Semua produk emas Public Gold telah disahkan tulen. Tiada keraguan akannya. Setakat ini tiada satu produk emas Public Gold dibuktikan palsu.
 
Beli Emas Walaupun Bajet Kecil. Beli emas serendah RM 100 melalui akaun GAP atau beli dengan membayar secara berperingkat mengikut bulan (EPP) untuk emas berharga RM 1,000 dan ke atas. Kita ada pilihan sama ada ingin bayar selama 6 bulan atau 10 bulan (waktu promosi).
 
Beli Emas Dengan Jual Emas Terpakai. Public Gold menerima semua jenis emas berketulenan 18k (750) dan ke atas tidak kira dalam keadaan apa pun sekali untuk ditukarkan ke emas jenama Public Gold. Hasil jualan akan di masukkan terus ke akaun GAP.
 
Entri Berkaitan:
2 Langkah Mudah Menukar Emas Anda KepadaEmas Jenama Public Gold
 
Beli Emas Tetapi Tiada Masa Untuk Mengambilnya. Melalui kemudahan GIT, Public Gold akan menghantar emas terus ke pintu rumah dengan sedikit caj tambahan. Hanya emas berat 21.25 gram ke bawah sahaja boleh dipos.
 
Entri Berkaitan:
Gold Accumulation Program (GAP) (5. GIT)
 
Beli Emas Sebagai Hadiah. Jongkong emas seberat 0.5 gram dan 1 gram dikeluarkan mengikut pelbagai tema. Kita boleh memilihnya untuk dijadikan sebagai hadiah. Dinar pula sesuai dijadikan sebagai hantaran perkahwinan atas sebab reka bentuknya lebih menarik dan cantic berbanding dengan jongkong.
 
Seronokkan beli emas jenama Public Gold.
 

Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan