Rabu, 31 Oktober 2018

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Dana Perkahwinan)


jongkong emas 1g edisi perkahwinan

Menyediakan Dana Perkahwinan

Dengan kos pengurusan perkahwinan (walimatulurus) yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, bakal pengantin diingatkan supaya menabung seawal mungkin supaya tidak perlu berhutang dikemudian hari semata-mata untuk sebuah majlis perkahwinan. Anda tidak perlu menunggu sehingga ada calon baru nak menyimpan. Anda boleh memulakan simpanan pada saat menerima gaji pertama.

Sekiranya ditakdirkan anda tidak temui jodoh. Jangan risau, anda boleh gunakan dana tersebut ke arah mencapai matlamat lain seperti melancong.

Anda masih keseorangan? Daftar sebagai calon menggunakan pautan seperti dibawah:

Kenapa emas sesuai dijadikan sebagai Dana Perkahwinan?

1. Dapat Melindungi Nilai Simpanan Kita (Dari Ancaman Inflasi)
2. Boleh Dijadikan Sebagai Hantaran @ Mas kahwin
3. Dapat Mengelakkan Wang Bocor (Digunakan Selain Dari Tujuan Perkahwinan)

Panduan ini ditujukan khas kepada anda yang masih masih bujang atau telah mempunyai calon isteri @ suami yang memilih Emas sebagai Dana Perkahwinan.

dinar emas sebagai mas kahwin
Emas Juga Sesuai Dijadikan Sebagai Mas Kahwin @ Hantaran

Langkah 1: Tetapkan Bajet Perkahwinan

Mulakan langkah anda dengan menetapkan berapa jumlah yang diperlukan. Berikut adalah contoh anggaran kos yang merangkumi keseluruhan peringkat dalam majlis perkahwinan (pihak lelaki).

PEKARA
RM
Langkah 1: Mencari Jodoh
- Melalui Portal Cari Jodoh (www.tilljannah.my)

60.00

Langkah 2: Majlis Risik
- Cincin Risik

450.00

Langkah 3: Majlis Pertunangan & Nikah
- Kebenaran Berkahwin
- Mas Kahwin
- Juru Gambar
- Pakaian Pengantin
- Juru Nikah & Saksi
- Hantaran

100.00
*22.50
800.00
450.00
100.00
13,000.00

Langkah 4: Kenduri
- Pelamin
- Makanan & Minuman (700 orang)
- Dewan  (Jenis Terbuka)

1,500.00
10,000.00
2,000.00

Langkah 5: Percutian (Honeymoon)
- Tiket & Pakej Percutian
- Wang Pembelanjaan


2,000.00
1,000.00
Jumlah Keseluruhan (Anggaran)
***31,482.50
*Mengikut negeri
**Sumber dari majlis perkahwinan penulis (Lokasi: Kuala Lumpur, Tahun: 2018)

***Anggaran kasar sahaja

Anda memerlukan menyediakan bajet sekurang-kurangnya RM 30,000 untuk melangsungkan majlis perkahwinan (bagi pihak lelaki). Manakala bagi pihak wanita, anda memerlukan sekurang-kurangnya separuh dari kos yang dikeluarkan oleh lelaki.

“Wanita memerlukan sekurang-kurangnya 5 tahun untuk menyediakan Dana Perkahwinan, manakala lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk menyediakan Dana Perkahwinan“

Langkah 2: Mulakan Proses Menyimpan

Setelah anda mengetahui dengan jelas jumlah yang diperlukan, tiba masa untuk mengetahui berapa banyak gram emas yang perlu dimiliki mewakili amaun tersebut.

Berbalik kepada contoh diatas, anggaran jumlah yang diperlukan seperti berikut:

Kos Keseluruhan: RM 31,482.50
Harga Emas (31/10/2018): RM 177 segram
Dana Perkahwinan: 31,482.50 / 177 = 178 gram (Anggaran kasar)

Sekiranya anda mampu menyimpan 2 gram setiap bulan secara berterusan (konsisten). Tempoh masa yang diperlukan hanyalah selama 8 tahun sahaja.

Diharap agar artikel ini dapat membantu anda memilih Emas sebagai pilihan utama untuk dijadikan Dana Perkahwinan.


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Kembali Ke Artikel Terdahulu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan