Kemaskini pada 14/05/2020
Cabaran Dalam Menyimpan Wang
Setiap pekara ada cabarannya yang tersendiri termasuk menyimpan wang. Artikel kali ini akan merungkaikan persoalan yang biasa dihadapi oleh kita berserta dengan tips dan panduan mengatasinya supaya kita dapat menjadikan aktiviti menyimpan itu satu kewajiban.
Setiap pekara ada cabarannya yang tersendiri termasuk menyimpan wang. Artikel kali ini akan merungkaikan persoalan yang biasa dihadapi oleh kita berserta dengan tips dan panduan mengatasinya supaya kita dapat menjadikan aktiviti menyimpan itu satu kewajiban.
Layari pautan dibawah untuk memahami dengan lebih jelas
tentang Simpanan.
Cabaran 1# Tiada
Pendapatan
Cabaran paling asas yang perlu dihadapi oleh
sebahagian besar daripada kita untuk memulakan atau menambah simpanan adalah
tidak memiliki pendapatan sama ada tetap ataupun tidak. Bagaimana ingin menyimpan
sekiranya tiada duit. Dilema yang sering dihadapi oleh surirumah sepenuh masa
ataupun penganggur.
Cara Mengatasinya:
Teruskan usaha mencari pekerjaan atau mulakan
perniagaan. Sentiasa membaca untuk menambahkan pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran.
“Membaca adalah aktiviti paling Murah, Mudah dan
Senang dalam meningkatkan Pengetahuan, Kemahiran dan
Pengalaman. Tetapi ramai yang tidak mampu untuk melaksanakannya”
Layari pautan dibawah bagi mengetahui dengan lebih
lanjut berkaitan dengan Pendapatan.
Berminat menjadi Usahawan Emas? sila layari pautan dibawah untuk
maklumat lanjut.
Cabaran 2# Pendapatan Tidak Mencukupi
Tahniah diucapkan bagi
anda yang berjaya mengatasi Cabaran 1 (Tiada Pendapatan) dalam Menyimpan. Tetapi
ia tidak bermakna sekiranya kita tidak mampu untuk menyimpan walaupun sedikit.
Dengan peningkatan kos
sara hidup (inflasi) yang tidak disertai oleh peningkatan gaji menyebabkan sebahagian
besar gaji yang diterima dihabiskan untuk memenuhi keperluan hidup sahaja. Keadaan
diburukkan lagi apabila kita gagal untuk membezakan antara keperluan dan
kehendak semasa membeli serta ketidakmampuan untuk berjimat.
“Sekiranya Pendapatan
yang diperolehi tidak cukup untuk menampung Kos Sara Hidup.
Anda hanya ada dua pilihan sahaja iaitu menambahkan Pendapatan atau
mengurangkan Pembelanjaan
(Berjimat)”
Cara Mengatasinya:
Belajar berjimat. Ia
lebih mudah daripada menjana pendapatan tambahan. Tumpukan usaha menjana pendapatan
tambahan selepas usaha untuk mngurangkan pembelanjaan menemui kegagalan. Laburkan
ke atas diri anda dengan membeli bahan membaca bagi meningkatkan pengetahuan, pengalaman
dan kemahiran.
“Pelaburan Terbaik
adalah pelaburan ke atas Diri Sendiri”
Cabaran 3# Keseronokan
Berbelanja
Fitrah duit, seronok untuk dibelanjakan. Berbelanja
tidak perlu diajar, ia adalah naluri setiap insan. Tahukah anda, setiap hari
kita terdedah dengan beribu-ribu iklan tentang produk dan perkhidmatan semenjak
kita mula membuka mata sehingga sebelum menutup mata. Secara tidak langsung ia
akan mempengaruhi kita untuk berbelanja melebihi keperluan.
“Menyimpan itu mudah
dilafaskan, tetapi sukar untuk dilaksanakan”
Cara Mengatasinya:
Pastikan sekurang-kurangnya 10 peratus dari gaji kasar
yang diperolehi diasingkan untuk disimpan. Berpegang dengan teguh prinsip
“Simpan Dahulu, Belanja Kemudian”. Buat potongan gaji secara automatik bagi
tujuan simpanan sekiranya anda mengalami masalah untuk menyimpannya sendiri.
Anda juga boleh memilih Emas sebagai alat simpanan. Dengan
membeli emas, anda dapat memenuhi naluri berbelanja tanpa mengorbankan
kepentingan Menyimpan.
Layari pautan dibawah untuk mengetahui ciri-ciri
terbaik dalam memilih jenama emas.
Cabaran 4# Kesedaran
Pentingnya Menyimpan
Tidak ramai yang sanggup mengorbankan kepentingan pada
masa sekarang, demi masa hadapan (Simpan). Sebaliknya, ramai sanggup
mengorbankan kepentingan masa hadapan, demi kepentingan masa kini (Hutang).
Ditambah dengan faktor keseronok berbelanja menyebabkan tiada ruang untuk
menyimpan. Dengan kata lain, duit tidak pernah cukup untuk disimpan.
Cara Mengatasinya:
Tuntut ilmu berkaitan pengurusan kewangan. Dari situ,
timbul kesedaran betapa pentingnya menyimpan demi kepentingan masa hadapan.
“Ramai orang menyesal kerana
tidak menyimpan, tetapi tiada orang yang menyesal kerana
menyimpan”
Terdapat 3 sebab utama kenapa kita perlu menyimpan
iaitu:
1. Sebagai Dana
Kecemasan
Dana khas yang diperuntukan demi menyelesaikan masalah
yang dihadapi dengan kadar segera
yang memerlukan sumber kewangan yang banyak.
Sebagai contoh apabila kereta mengalami
kerosakkan,
2. Untuk Memenuhi
Impian
Dana khas yang diperuntukan demi memenuhi impian
seperti melancong, menunaikan haji dan
sebagainya.
3. Sebagai Dana
Persaraan
Dana khas yang diperuntukan untuk menampung keperluan
seharian selepas tidak lagi bekerja
(pencen/ bersara).
Cabaran 5# Simpan
Secara Tetap (Konsisten)
Sekadar memiliki pendapatan dan kesedaran pentingnya
menyimpan tidak bermakna sekiranya anda gagal untuk menyimpan secara displin
(tetap).
Cara Mengatasinya:
Mulakan menyimpan walaupun dalam jumlah yang kecil. Jadikan
menyimpan itu sebagai tabiat terlebih dahulu. Tingkatkan simpanan anda secara
berperingkat selepas tabiat berjaya dibentuk. Berhutang untuk menyimpan,
sekiranya berhutang itu mudah bagi anda. Kebanyakkan orang berdisplin dalam
berhutang berbanding dengan menyimpan.
Contohnya adalah seperti membeli Emas jenama Public
Gold. Anda boleh membeli menggunakan kemudahan Easy Payment Purchase (EPP)
untuk membeli produk emas berharga RM 500 dan keatas. Anda diberi pilihan
membuat pembayaran secara berperingkat setiap bulan sebanyak 4 kali (50 gram kebawah)
atau 10 kali (50 gram dan keatas). Anda boleh mengambil emas tersebut setelah
pembayaran berjaya diselesaikan.
Cabaran 6# Pertahankan Simpanan Tersebut
Cabaran terakhir yang perlu kita hadapi (termasuk
penulis) adalah untuk mengekalkan Simpanan yang dimiliki (Kebocoran Wang). Menyimpan
menjadi tidak bermakna sekiranya anda gagal untuk mengekalkan simpanan yang
ada.
Berikut adalah 3 faktor utama berlakunya Kebocoran
Wang iaitu:
1. Keseronokan
Berbelanja
2. Salah Labur
3. Bagi Pinjam
Cara Mengatasinya:
Tetapkan matlamat yang jelas kenapa anda perlu menyimpan.
Ia akan meghalang anda daripada berbelanja pekara yang tidak perlu selagi
matlamat yang ditetapkan belum terlaksana.
Tukarkan sebahagian daripada wang simpanan anda dalam
bentuk Emas bagi memastikan simpanan tersebut dapat dikekalkan dalam jangka
masa yang lama.
“Menyimpan dalam bentuk gram adalah
lebih kekal lama daripada menyimpan dalam bentuk nombor,
kerana nafsu manusia pantang melihat nombor, ada sahaja sebab untuk menghalalkan
penggunakannya (Wang)”
Sila layari pautan dibawah untuk mengetahui kelebihan
menyimpan emas fizikal.
Kelebihan Menyimpan Emas Fizikal (Simpanan Emas)
Youtube Channel:
Cabaran Dalam Menyimpan Wang Dan Cara Mengatasinya
Youtube Channel:
Cabaran Dalam Menyimpan Wang Dan Cara Mengatasinya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan