Isnin, 29 Oktober 2018

Hutan Lipur Gunung Datuk

Hutan Lipur Gunung Datuk

Lokasi:
Hutan Lipur Gunung Datuk

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Kampung Chengkau Ulu,
71350 Kota,
Negeri Sembilan.

Waktu Pendakian:
8.00 pagi - 4.00 petang

Taraf Kesukaran:
Sederhana ke Sukar

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)
7.00 pagi - 4.00 petang (Sabtu & Ahad)

Harga Tiket:
RM 5 (Permit Pendakian)

Tarikh Lawatan:
24 September 2017 (Kali Ke-1)
08 Februari 2020 (Kali Ke-2)

Selepas meluangkan masa meninjau Dataran Rembau, perjalanan diteruskan menuju ke Hutan Lipur Gunung Datuk. Kedatangan kali ini hanya sekadar untuk meninjau sahaja. Berharap suatu hari nanti dapat peluang mendaki disini.Bagi lawatan kali kedua, kedatangan kali ini adalah untuk mendaki Gunung Datuk. Secara jujurnya saya tidak berani mendaki gunung keseorangan. Tunggu ada teman dahulu. 

Alhamdulillah rancangan kali ini berjaya dilaksanakan walaupun hanya bertiga sahaja (bagi lawatan kali kedua). Kami bergerak dari lokasi pertemuan seawal jam 1.30 pagi (Sabtu) menuju ke Rembau. Sebelum tiba ke Rembau, kami singgah di R&R yang terdekat untuk berehat sebentar (tidur dalam keretalah jawapnya) sementara menunggu waktu subuh.

Kemudian kami singgah sebentar di surau berhampiran untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Selesai solat, kami bersarapan di Restoran B40. Maklumlah tidak mahu mendaki gunung dengan perut kosong.

Itulah sebab kenapa pukul 8.00 pagi baru nak mula mendaki. Bukan untuk melihat matahari terbit pun walaupun bertolak awal.

Untuk makluman, jarak dari kaki ke puncak gunung Datuk adalah kira-kira 2 kilometer dan mengambil masa hampir 3 jam (termasuk waktu beratur untuk mendapatkan permit). Ramai juga orang waktu ini.


Hutan Lipur Gunung Datuk
29/09/2017: Macam Menarik
29/09/2017: Sampai Juga Disini
29/09/2017: Tinggi Juga Gunung Disini
29/09/2017: Tempat Letak Kereta
29/09/2017: Syarat-Syarat Pendakian
08/02/2020: Sebelum Memulakan Pendakian
08/02/2020: Singgah Tandas Sebentar Sebelum Mulakan Sesi Pendakian Pagi Ini
08/02/2020: 2.07 Kilometer Jarak Pendakian Gunung Datuk
08/02/2020: Sekarang Sudah Ada Gerbang
08/02/2020: Mulakan Pendakian Dengan Lafaz Bismillah
08/02/2020: Kena Seberang Sungai Dahulu
08/02/2020: Daftar Dan Dapatkan Permit Sebelum Mendaki
08/02/2020: Rupa Dah Macam Surat MC Kerajaan
08/02/2020: Pendakian Bermula
08/02/2020: Halangan Pertama, Zon Akar
08/02/2020: Menempuhi Hutan Belantara
08/02/2020: Cabaran Sebenar Bermula
08/02/2020: Banyak Batu Besar Di Sini
08/02/2020: Kesesakan Lalulintas
08/02/2020: Tunggu Mereka Naik Dahulu
08/02/2020: ‘Check Point’ 1 Dan Terakhir
08/02/2020: Cabaran Seterusnya, Laluan Tanah Berpasir



08/02/2020: Pendakian Itu Sesuatu Yang Meletihkan
08/02/2020: Rehat Itu Perlu. Ini Pendakian Santai Sahaja
08/02/2020: Besar Sunggun Lipan Ini
08/02/2020: Letihnya Tidak Boleh Beralah
08/02/2020: Aku Dan Hutan
08/02/2020: Sikit Lagi Hendak Sampai. Tinggal Tidak Sampai Beberapa Meter Lagi
08/02/2020: Keadaan Di Kawasan Lapang Puncak Gunung Datuk
08/02/2020: Mencari Tempat Untuk Berehat
08/02/2020: Berehat Atas Batu Sambil Melihat Gelagat Para Pendaki Lain
08/02/2020: Bersama Pendaki Lain
08/02/2020: Dalam Perjalanan Menuju Ke Puncak Batu-Batuan
08/02/2020: Puncak Tertinggi Gunung Datuk
08/02/2020: Orang Kata Ini Tapak Kaki Hang Tuah
08/02/2020: Cantik Sungguh Permandangan Di Puncak Gunung Datuk
08/02/2020: Misi Terlaksana
08/02/2020: Tercapai Impian Untuk Menawan Puncak Gunung Datuk
08/02/2020: Titik Tertinggi 
08/02/2020: Dalam Perjalanan Pulang



08/02/2020: Sekarang Mudah Sahaja Hendak Ke Puncak
08/02/2020: Saya Sudah Sampai. Anda Pula?
08/02/2020: 80 % Kemalangan Biasanya Berlaku Ketika Turun
08/02/2020: Letih Ye Bang
08/02/2020: Nikmatnya Dapat Minum Air Mineral Yang Sejuk Selepas Mendaki
08/02/2020: Selamat Tinggal Gunung Datuk
08/02/2020: 8 Jam Masa Dihabiskan Untuk Pendakian Kali Ini



Ke lokasi terakhir yang sempat dikunjungi pada hari ini iaitu Taman Rekreasi Majlis Daerah Rembau.

Pendakian di Gunung Datuk menjadi aktiviti tunggal yang dilakukan pada hari ini (bagi lawatan kali kedua). Sebelum pulang, kita singgah sebentar di Seremban untuk makan malam.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara


Tiada ulasan:

Catat Ulasan