Emas Sebagai Dana Persaraan
Semua
orang mengimpikan kehidupan yang selesa terutama selepas bersara nanti tidak
kira sama ada anda makan gaji atau pun sebagai usahawan. Untuk mencapai impian
tersebut, ia menuntut kita memiliki sejumlah wang yang mencukupi untuk
menampung kehidupan selepas bersara.
Sebagai
rakyat Malaysia, kita bertuah kerana kerajaan telah mewajibkan semua majikan
membuat caruman ke atas pekerja di KWSP sebagai Dana Persaraan (Bagi pekerja
swasta). Ini bermaksud setiap pekerja akan mencarum sebanyak 24%* dari gaji
pokok yang diterima pada setiap bulan merangkumi 11% dari gaji pekerja dan 13%
dari majikan.
Manakala
bagi yang bekerja dalam sektor kerajaan, anda akan dibayar pencen bermula dari
tarikh wajib bersara sehingga anda meninggal dunia. Pencen juga boleh diwarisi
kepada pasangan (suami @ isteri) sekiranya anda meninggal dunia.
Bagi
anda yang bekerja sendiri, anda diberi pilihan untuk mencarum sendiri dalam
Dana Persaraan Swasta yang diwujudkan oleh kerajaan dengan kerjasama swasta.
Malangnya
realiti menunjukkan, sebahagian besar rakyat Malaysia tidak memiliki wang yang
mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara. Oleh itu, kita tidak boleh
bergantung semata-mata dengan KWSP atau pencen yang diterima. Tiada cara lain
yang boleh dilakukan selain daripada memulakan simpanan seawal yang mungkin
atau membina pendapatan pasif.
Artikel
kali ini saya kongsikan bagaimana menjadikan Emas sebagai Dana Persaraan anda.
Kita mulakan dengan langkah pertama yang perlu dilakukan iaitu tetapkan
matlamat dalam menyimpan.
Langkah 1: Tetapkan
Matlamat Berapa Banyak Wang Yang Diperlukan
Mengetahui
berapa banyak Simpanan yang diperlu sebelum bersara adalah langkah pertama yang
perlu diambil. Berikut adalah contoh bagaimana anda menetapkan jumlah minimum
yang diperlukan.
Kaedah 1: Jumlah Simpanan Yang Diperlukan
Umur
Ketika Bersara: 60 Tahun
Anggaran
Baki Umur Yang Ada: 20 Tahun (Sekiranya hidup sehingga berumur 80 tahun)
Anggaran
Pembelanjaan Bulanan Yang Diperlukan: RM 4,000
Jumlah
Simpanan Yang Diperlukan: RM 4,000 x 12 x 20 = RM 960,000
Kaedah 2: Membina Pendapatan Pasif Melalui Simpanan
Dividen
Tabung Haji (TH): 4% Setahun
Anggaran
Pembelanjaan Bulanan Yang Diperlukan: RM 4,000
Jumlah
Simpanan Yang Diperlukan: RM 4,000 x 12 / 0.04 = RM 1,200,000
Merujuk
kiraan diatas, anda memerlukan sekurang-kurangnya RM 960 ribu sekiranya memilih
kaedah pertama dan RM 1,2 juta sekiranya memilih kaedah kedua.
Kelebihan
kaedah pertama berbanding dengan kaedah kedua adalah simpanan yang diperlukan
adalah sikit berbanding dengan kaedah kedua. Manakala kelemahan kaedah pertama
berbanding dengan kaedah kedua adalah ia memiliki tempoh masa yang terhad,
manakala kaedah kedua tiada had masa.
Nota
Tambahan:
1. Jumlah
yang diperlukan berbeza mengikut keperluan setiap orang
2. Dengan
anggapan anda tiada hutang, telah memiliki sebuah rumah dan
sebuah kereta
Langkah 2: Mulakan
Simpanan
Setelah
anda ketahui dengan jelas berapa banyak simpanan yang diperlukan, tiba masa
untuk memilih kaedah yang sesuai untuk menyimpan.
“Nak Simpan Duit Untuk
Jangka Masa Yang Lama, Tukarkan Ia Dalam Bentuk Yang Lain Seperti Saham, Emas
Dan Sebagainya”
Disini
saya galakkan anda menyimpan duit dalam bentuk EMAS. Kenapa? Kerana EMAS
adalah:
(1) Penyimpan Nilai Terbaik Sepanjang Zaman (Kalis Inflasi).
(2) Mudah Dibawa Dan Disimpan (Dalam Dompet)
(3) Fitrah Emas, Seronok Disimpan (Kalis Bocor)
(4) Emas Menghapuskan Perasaan Berduit (Kalis Bocor)
(5) Menyelamatkan Wang (Dana) Kita Dari Diseleweng (Salah Guna)
(6) Simpanan Yang Tidak Mudah Dicairkan Tetapi Tidak Susah Dicairkan
Merujuk kiraan diatas, sekiranya anda memilih kaedah kedua, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya RM 1.2 juta sebelum bersara. Berapa gram yang diperlukan untuk mencapai jumlah sebanyak itu?
Harga Emas Jenama Public Gold (12/11/2018): RM 175
Jumlah Gram Yang Diperlukan: RM 1,200,000 / RM 175 = 6858 gram @ 6.858 kilogram
Mengikut kiraan diatas, anda perlu membeli sekurang-kurangnya 7 kg sebagai Dana Kecemasan.
Berapa anggaran yang perlu disimpan setiap bulan?
Tempoh Masa: 30 Tahun
7000 kg / 12 / 30 = 20 gram sebulan (Anggaran)
Anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya 20 gram sebulan sekiranya ingin memiliki aset bernilai RM 1.2 juta.
Langkah 3: Jana Pendapatan Pasif
Setelah
anda berjaya menyimpan sejumlah gram yang diperlukan atau telah pun bersara,
tiba masa untuk menukar simpanan tersebut (Emas) ke bentuk yang lain untuk
menjana pendapatan pasif. Apa yang anda perlu lakukan hanya menjual kembali
semua emas yang ada dan simpan duit hasil jualan tersebut ke ASB atau Tabung
Haji (TH). Anda juga boleh memilih untuk membeli hartanah yang boleh disewa
asalkan anda boleh mendapat duit mengikut jumlah yang diperlukan dan secara
berterusan tidak kira bagaimana keadaan sekali pun.
Kenapa
ASB, TH @ Hartanah? Kerana aset seperti Emas dan Perak tidak menghasilkan
dividen yang boleh dinikmati secara berterusan tanpa menjejaskan Simpanan. Anda
hanya boleh memperolehi hasil hanya sekali sahaja selepas ia dijual (capital
gain only).
Tips Dan Panduan Tambahan
1. Pastikan wang yang
diperolehi dari dividen dikeluarkan secara berperingkat (bulanan) sebagai pengganti
gaji anda.
2. Pastikan wang yang
digunakan (urusan seharian) adalah lebih kurang daripada dividen yang
diperolehi dalam masa setahun supaya simpanan anda berkembang.
3. Contoh seperti berikut:
Dividen
Tahunan (TH): RM 48,000 [Dividen 4% Setahun]
Had
Pengeluaran Bulanan: RM 4,000 [48,000 / 12]
Pembelanjaan
Bulanan: RM 3,800 (Setelah 10%
ditolak)
Dengan
cara ini, dividen yang diperolehi akan semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Diharap
agar artikel ini dapat membantu anda memilih Emas sebagai pilihan utama untuk
dijadikan sebagai Dana Persaraan.
Kembali Ke Artikel Terdahulu
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Pendahuluan)
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Kembali Ke Artikel Terdahulu
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Pendahuluan)
Youtube Channel:
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan