Khamis, 29 November 2018

Bukit Melati

Bukit Melati

Lokasi:
Bukit Melati

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Jalan BBN 11/4,
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Pendakian:
11.00 pagi - 3.00 petang

Taraf Kesukaran:
Sederhana ke Sukar

Tarikh Lawatan:
18 November 2017

Sudah lama saya tidak melakukan pendakian secara solo. Seingat saya kali terakhir saya mendaki adalah pada 16 April 2017 di Bukit Kutu. Itu pun bersama 2 rakan sekerja. Kebanyakkan masa saya habiskan dengan mengembara menerokai tempat menarik sambil menyertai larian sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.

Terdapat beberapa puncak bukit yang boleh ditawan di Bukit Melati. Ini menjadikan pendakian kali ini amat mencabar disebabkan saya terpaksa mendaki beberapa kali semata-mata ingin sampai di puncak yang berbeza. Ia terasa seperti kita mendaki beberapa bukit dalam masa yang sama.

Antara laluan yang paling mencabar bagi saya adalah laluan menuju ke puncak Rope Hill dari Cobra Hill. Para pendaki terpaksa turun hingga kaki bukit sebelum mendaki semula ke puncak.



18/11/2017: Bermula Disini
18/11/2017: Sampai Juga Disini Akhirnya


18/11/2017: Peringatan Kepada Para Pendaki
18/11/2017: Cabaran Bermula
18/11/2017: Boleh Tahan Laluannya
18/11/2017: Di Tebing Bukit
18/11/2017: Laluan Yang Santai
18/11/2017: Menerokai Hutan
18/11/2017: Pendakian Bermula
18/11/2017: Jalan Terus
18/11/2017: Laluan Ke Tiga Puncak
18/11/2017: Sempit Laluannya
18/11/2017: 3 Puncak Mengikut Laluan Yang Sama
18/11/2017: Selamat Datang Ke Mosquito Hill. Banyak Nyamuk Disini
18/11/2017: Perjalanan Diteruskan Menuju Ke Puncak Yang Kedua
18/11/2017: Nasib Baik Trek Dalam Hutan. Taklah Terdedah Dengan Cahaya Matahari
18/11/2017: Menuju Ke Puncak Cobra Hill
18/11/2017: Semput Juga Dibuatnya
18/11/2017: Dah Rasa Bahang Matahari
18/11/2017: Mendaki Lagi
18/11/2017: Pacak Juga Laluannya. Patut Letih Mendaki Tadi
18/11/2017: Akhirnya Sampai Juga Di Cobra Hill
18/11/2017: Puncak Kedua, Cobra Hill
18/11/2017: Permandangan Dari Cobra Hill
18/11/2017: Luas Juga Puncak Cobra Hill Ini
18/11/2017: Ke Puncak Seterusnya, Rope Hill
18/11/2017: Baru Naik, Dah Kena Turun Balik
18/11/2017: Banyak Tali. Patutlah Di Panggil ‘Rope Hill’
18/11/2017: Naik, Turun, Naik, Turun
18/11/2017: Berehat Sekejap
18/11/2017: Sampai Juga Akhirnya. Laluan Paling Mencabar Berbanding Laluan Yang Lain
18/11/2017: Letih Naik Tak Hilang Lagi, Kena Paksa Turun Pula
18/11/2017: Melalui Ladang Kelapa Sawit
18/11/2017: Ke Puncak Seterusnya, Monkey Hill
18/11/2017: Nak Menangis Rasanya Bila Tengok Laluan Begini
18/11/2017: Berehat Sebentar. Dah Tak Larat Nak Teruskan Pendakian
18/11/2017: Menoleh Ke Belakang
18/11/2017: Akhirnya, Sampai Juga Di Monkey Hill
18/11/2017: Rasanya Permandangan Terbaik Adalah Disini
18/11/2017: Keseorangan Di Puncak
18/11/2017: Mulakan Perjalanan Pulang
18/11/2017: Ikut Sini
18/11/2017: Jauh Juga Nak Pulang Ini
18/11/2017: Di Penghujung Pendakian
18/11/2017: Kembali Semula Di Pintu Masuk Bukit Melati


18/11/2017: Lebih 3 Jam Dalam Hutan
Pendakian hari ini amat mencabar bagi saya atas sebab laluan naik dan turun terbahagi sama rata tidak seperti lokasi pendakian yang lain. Keadaan diburukkan lagi dengan kekurangan bekalan air yang dialami sepanjang pendakian.

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara


Tiada ulasan:

Catat Ulasan