Jumaat, 2 November 2018

Sekiranya Anda Seorang...

Sekiranya Anda Seorang...

Mari mulakan artikel ini dengan mengenalpasti posisi anda dan tindakan yang perlu diambil untuk memaksimumkan keuntungan dalam Pelaburan Emas.

Sekiranya Anda Seorang…

1. Peminat Emas (Jongkong @ Dinar)

Anda boleh menghubungi saya untuk bertanyakan sebarang persoalan berkaitan dengan Pelaburan Emas dan kaedah untuk membeli emas jenama Public Gold.

Tekan pautan dibawah untuk mengetahui secara asas Pelaburan Emas serta mengenali produk Public Gold dengan lebih dekat.

                   2. Peminat Emas (Barang Kemas)

Anda boleh membeli barang kemas melalui PG Mall. Hanya perlu pilih kategori “JEWELLERY” untuk melihat senarai barang kemas yang dijual. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan bantuan. Anda juga boleh mendapatkan gelang tangan jenama Aurora Italia di alamat sesawang Public Gold atau di kiosk dan cawangan terdekat.

Tekan pautan dibawah untuk mengenali lebih dekat gelang tangan jenama Aurora Italia.

Masih Belum mendaftar? Sila tekan SINI untuk mendaftar sebagai pengguna di PG Mall.

Contoh Gelang Tangan Yang Boleh Dibeli di PG Mall, Di Jual Oleh PG Jewel Gallery
3. Penyimpan Emas (Pengumpul)

Jongkong Emas seberat 0.5 gram dan 1 gram adalah produk yang sesuai untuk dijadikan koleksi atas sebab ia dikeluarkan dalam pelbagai rekabentuk mengikut tema (dicetak atas plastik bersarung kekal). Setiap tema dikeluarkan dalam kuantiti dan tempoh masa yang terhad akan menjadikan ia amat berharga untuk dijual kembali dikemudian hari.

Sekiranya anda berminat dengan rekabentuk emas, anda boleh memilih untuk membeli emas edisi Dinar, edisi Bunga Mas atau Tai Fook (10 gram dan ke atas).

Untuk mendapatkan harga terbaik (paling murah) bagi jongkong emas 0.5 gram, anda boleh membelinya di Seminar Emas Public Gold. Anda juga boleh mendapatkan jongkong emas 1 gram dengan harga murah dengan membeli melalui akaun GAP.

Jongkong Emas Edisi Bunga Mas Seberat 50 Gram
Jongkong Emas Seberat 1 Gram Edisi Ucapan Hari Lahir
            4. Penyimpan Emas (Bajet Kecil)

Pembelian melalui akaun GAP adalah pilihan yang terbaik bagi anda yang memiliki bajet yang kecil (> RM 2,000 @ 5 gram ke bawah) atas faktor harga lebih murah daripada pembelian secara runcit. 

Anda juga boleh memilih untuk membayar secara berperingkat melalui kemudahan Easy Pay Purchase (EPP) bagi produk berharga RM 500 dan ke atas.
½ Dinar Emas Sesuai Dibeli Melalui Akaun GAP, Manakala 1 Dinar Emas Sesuai Dibeli Secara Runcit.
Sila tekan pautan dibawah untuk mengetahui kelebihan menyimpan emas melalui akaun GAP.


            5. Penyimpan Emas (Bajet Besar)

Pembelian secara runcit adalah pilihan yang terbaik bagi anda yang memiliki bajet yang sederhana (< RM 2,000 @ 10 gram keatas) atas faktor harga lebih murah daripada pembelian melalui akaun GAP.

Jongkong Emas Edisi Bunga Mas Sesuai Untuk Di Pajak Kerana Tidak Bersarung Kekal
6. Pelabur Emas

Jongkong Emas 100g, 250g dan 1000g adalah produk yang sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan kerana (1) Kos segram yang murah dan (2) Kadar susut nilai yang rendah.

Seorang pelabur perlu mengetahui masa yang paling sesuai untuk beli dan jual. Selain itu, seorang pelaburan emas juga perlu mengetahui kaedah mengurangkan kos pembelian untuk memaksimumkan keuntungan.

Dengan menggunakan platform yang disediakan oleh Public Gold (Urusan Jual Beli Emas jenama Public Gold), anda boleh (1) Memantau pergerakan harga emas, (2) Membeli dan menjual pada bila-bila masa, (3) Menjimatkan kos pembelian sambil menjana keuntungan daripada aktiviti jual emas, dengan syarat anda adalah Dealer Public Gold.

Jongkong Emas 1kg Jenama Public Gold
7. Peniaga Emas

Letih menunggu harga emas naik untuk memperolehi keuntungan? Apa kata anda jadi Dealer Public Gold (Usahawan Emas). Dengan menjadi Dealer Public Gold, anda boleh mendapat insentif dengan setiap pembelian dan jualan balik emas bagi diri sendiri serta pelanggan di bawah rangkaian anda.

Beli emas melalui akaun GAP Public Gold, kemudian jual kembali dalam bentuk fizikal (ikut harga yang ditetapkan oleh Public Gold). Kaedah ini sesuai untuk produk jongkong emas 0.5 gram, 1 gram, 5 gram dan syilling 1/2 dinar. 

Manakala bagi jongkong emas seberat 10 gram dan ke atas, apa yang perlu dilakukan hanyalah beli daripada pelanggan dengan harga PG Buy dan jual kembali kepada pelanggan lain mengikut harga PG Sell.
Beli Jongkong Emas 0.5g Edisi Wealth Card, Anda Akan Mendapat Baucer Percuma RM 10x10 (Emas) Dan RM 20x10 (Perak)

Entri Berkaitan:

Diharap agar entri ini dapat membantu anda membuat keputusan terbaik berdasarkan posisi yang dipilih.

Berminat Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pelaburan Emas? Tekan Pautan Di Bawah:
Senarai Ringkas Artikel Berkaitan Pelaburan Emas


Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Youtube Channel:
Sekiranya Anda Seorang…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan