Isnin, 3 Disember 2018

4 Langkah Mudah Membina Kekayaan

Kemaskini pada 12/05/2020
Sumber: http://zonakaya.com/
Siapa tak nak menjadi kaya? Semua orang yang waras mengimpikannya tetapi bukan semua mampu memilikinya. Bagaimana mengukur kekayaan seseorang? Kebiasaannya kita mengukur kekayaan seseorang berdasarkan berapa banyak harta yang dimiliki. Kebiasaannya ia dinilai berdasarkan jumlah keseluruhan kekayaan dalam unit (matawang).

Contohnya, sekiranya Ali (bukan nama sebenar) menyebut bahawa dia memiliki sebuah banglo. Kita tidak dapat menilainya dengan tepat kekayaan Ali kecuali sekiranya Ali mengatakan dengan terperinci bahawa ia memiliki sebuah banglo bernilai RM 1 juta.

Sebelum kita mengulas dengan lebih terperinci berkaitannya, adalah lebih baik untuk kita mengetahui dengan jelas apa makna kekayaan itu sendiri. Terdapat pelbagai definasi tentang kekayaan yang boleh kita perolehi dari pelbagai sumber seperti melalui buku, internet dan sebagainya.

Bagi saya, definasi paling mudah dan senang difahami apabila kita berkata tentang kekayaan adalah mengikut formula seperti dibawah:

Pendapatan - Pembelanjaan = Aliran Tunai Positif (Positive Cashflow)

Dengan erti kata lain, anda dikira seorang yang kaya sekiranya masih mempunyai baki duit ditangan selepas ditolak dengan jumlah pembelanjaan (termasuk hutang) yang diperlukan untuk menampung kos sara hidup.

“Orang yang mampu menyimpan adalah seorang yang kaya. Seringgit yang anda berjaya simpan bererti kekayaan anda bertambah sebanyak seringgit”

Tahukah anda? Menjadi kaya bukan sesuatu yang sukar untuk direalisasinya selagi anda tahu dengan jelas jalan yang perlu ditempuhi untuk memiliki kekayaan yang diimpikan. Artikel kali ini saya kongsikan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk menjadi kaya.

Penafian: Definasi kaya dalam artikel ini tidak menyentuh kekayaan yang tidak boleh diukur dengan wang ringgit seperti kaya ilmu, pengalaman dan sebagainya


Langkah 1: Memperolehi Pendapatan (Gaji)

Asas kekayaan bermula dengan memperolehi pendapatan tidak kira dari sumber pasif atau aktif. Bagaimana ingin membina kekayaan sekiranya pendapatan pun tiada.

Usaha kita selama bertahun-tahun (menuntut ilmu, meningkatkan kemahiran dan menambah pengalaman) adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan diri supaya boleh memperolehi pendapatan yang tinggi dikemudian hari. 

Pelaburan Terbaik Adalah Pelaburan Ke Atas Diri Sendiri”
Langkah 2: Simpan

Kekayaan seseorang tidak dinilai berdasarkan berapa banyak wang yang diperolehi tetapi berapa banyak wang yang berjaya disimpan. Ketahuilah dengan menyimpan, anda akan membuka banyak peluang dimasa hadapan.


Entri Berkaitan:

Beli Emas Sekiranya Anda Tak Mampu Menyimpan Wang

Langkah 3: Labur Apa Di Simpan

Robert Kiyosaki pernah mengatakan dalam buku ‘Rich Dad Poor Dad’ bahawa menyimpan adalah untuk orang yang kalah (Saving is for losers). Kenapa? Kerana faktor inflasi. Inflasi mengikis kuasa beli (nilai) wang kita walaupun jumlah yang ada masih sama tidak kira sama ada wang tersebut disimpan di dalam bank atau di simpan sendiri.

Oleh itu, penting untuk kita menyimpan duit dalam bentuk aset seperti Emas, Hartanah, Saham dan sebagainya untuk melindungi nilai duit daripada ancaman inflasi.
“Pelaburan adalah cara mudah untuk mengembangkan kekayaan yang ada”

Entri Berkaitan:

Beli Emas, Anda Menyimpan Sambil Melabur

Langkah 4: Pulangkan Kembali Kekayaan Pada Masyarakat

Tiada maknanya kekayaan itu sekiranya ia tidak memberi manfaat kepada orang lain. Bagi orang islam, kita diwajibkan membayar zakat apabila kekayaan kita mencapai nilai tertentu. 

Terdapat pelbagai cara yang boleh diambil untuk membantu orang lain yang memerlukan. Contohnya ialah melalui sedekah (derma), bantuan (biasiswa), wakaf dan sebagainya.

Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan