Isnin, 24 Disember 2018

ATV Adventure Ride Park @ TBNSA


Lokasi:
Taman Botani Negara Shah Alam

Alamat:
Bukit Cahaya Seri Alam,
40000 Shah Alam,
Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 4.00 petang (Selasa - Ahad)
Isnin (Tutup)

Harga Tiket:
RM 90 (Dewasa)

Tarikh Lawatan:
01 Januari 2018

Menunggang All-Terrain Vehicle (ATV) di ATV Adventure Ride Park @ Taman Botani Negara Shah Alam menjadi aktiviti seterusnya selepas melawat Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. Kali ini dengan baik hati saya menaja 2 keping tiket kepada rakan sekerja untuk merasai menunggangnya buat kali pertama.


01/01/2018: Inilah Kenderaan Yang Akan Dinaiki Selama 1 Jam
01/01/2018: Sesi Penerangan Berkaitan Kaedah Pengendalian ATV
01/01/2018: Kami Sudah Bersedia
01/01/2018: Laluannya Cukup Menyeramkan
01/01/2018: Berehat Sebentar Dalam Hutan
01/01/2018: Selepas Keletihan Memanjat Bukit
01/01/2018: Di Puncak Kejayaan
01/01/2018: Sayang Terhilang Sedikit Data Perjalanan
Tercapai juga akhirnya impian untuk menunggang ATV. Secara keseluruhannya aktiviti ini mencabar fizikal dan mental apabila terpaksa mengharungi jalan berbukit bukau terutama semasa berada di laluan hutan. Saya hampir terjatuh ke lembah semasa menunggangnya. Nasib baik sempat brek. Lega rasanya.

Terdapat tiga laluan perlu ditempuhi semasa menunggang ATV iaitu perlu melalui Jalan Hutan (laluan tidak rata), menaiki laluan berbukit dan melalui jalan bertar (paling mudah).

Ke lokasi terakhir pada hari ini, Taman Kaktus @ TBNSA.

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan