Berikut saya kongsikan tips dan panduan yang saya
amalkan semasa kembara solo bagi mengurangkan risiko yang perlu dihadapi semasa
dalam perjalanan.
Penafian: Tips & panduan dalam artikel
ini hanya berdasarkan apa yang saya amalkan, tidak semestinya yang terbaik.
Sebarang masalah adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri.
1.
Bersediaan Sebelum Bertolak
Tips
1: Pastikan Motosikal Dalam Prestasi Terbaik
Sebelum memulakan perjalanan, saya akan pastikan motosikal
berada dalam keadaan terbaik. Saya akan pastikan:
(A) Rantai Berada
Dalam Keadaan Yang Baik Dan Ketat (Termasuk Soket)
(B) Bunga Tayar
Masih Belum Haus (Guna Tayar Tanpa Tiup)
(C) Minyak Hitam
Ditukar Mengikut jarak yang ditetapkan (Setiap 2000 km)
(D) Lampu Motosikal
Berfungsi (Tidak Mati)
(E) Minyak Petrol
Penuh
Tips
2: Pastikan Kelengkapan Yang Dibawa Mencukupi
Berikut adalah kelengkapan asas yang perlu ada dalam
motosikal sebelum saya memulakan perjalanan:
(a) Baju Hujan (2 Helai)
Untuk memastikan pakaian
tidak basah semasa mengharungi hujan ketika dalam perjalanan. Kenapa 2 helai?
Supaya boleh tukar sekiranya salah satu baju masih basah.
(b) Topi Keledar (Helmet)
Pastikan topi keledar masih dalam keadaan baik (masih ketat)
dan disertai dengan penutup bagi melindungi muka daripada tempis hujan dan
objek tumpul. Ia penting kerana sepanjang perjalanan, terdapat pelbagai objek
terbang ke arah muka saya. Nasib baik hanya kena cermin sahaja. Kalau kena muka
boleh cedera dibuatnya.
(c) Sebotol Minyak Petrol (1.5 Liter)
Untuk kecemasan sahaja. Perlu diisi kembali selepas
digunakan. Kita tidak tahu apa yang terjadi ketika dalam perjalanan terutama
semasa berada dikawasan yang asing.
(d) Kotak Simpanan
Tempat menyimpan topi keledar, baju hujan dan beg
(semasa hujan).
(e) Kain Lap (Sehelai)
Biasa digunakan untuk lap tumpahan minyak apabila
terlebih isi minyak.
(f) Sarung Tangan (Sepasang)
Melindungi tapak tangan dari cuaca panas dan semasa kemalangan.
(g) Kunci Tayar
Sebagai perlindungan tambahan untuk pastikan motosikal
dalam keadaan selamat ketika meninggalkannya.
(h) Pelapik Tangan & Kaki
Melindungi siku dan lutut sekiranya berlaku kemalangan.
Tetapi secara jujurnya, saya pun jarang memakainya disebabkan ia leceh untuk
dipakai dan ditanggalkan. Yang terbaik beli jaket yang ada pelindung dibahagian
lengan.
(i) Sarung Plastik (Lindungi Telefon Ketika Hujan)
Digunakan untuk melindungi telefon dari hujan terutama
semasa mencari jalan.
(j) Pemegang Telefon (Untuk Mencari Lokasi)
Memudahkan saya melihat jalan yang perlu dilalui dan
melindungi telefon semasa
dalam kemalangan.
Berikut adalah senarai kelengkap asas yang saya bawa
semasa mengembara:
(a) Payung @ Baju Hujan (Sekiranya ingin mendaki)
Malang tidak berbau begitu juga dengan cuaca. Oleh itu
amatlah penting membawa payung setiap masa. Ia juga penting bagi saya untuk
mengambil baju hujan di motosikal ketika hujan (apabila meletak motosikal
dikawasan terbuka).
(b) Dompet
Ia penting supaya perjalanan saya tidak terganggu.
Mempunyai duit tunai yang secukupnya amatlah penting kerana bukan semua
pembelian boleh dibayar melalui kemudahaan kad kredit @ debit atau melalui
transaksi atas talian (electronic).
(c) Botol Air (0.5 liter)
Adalah amat penting membawa sedikit air disisi
sentiasa kerana kita tidak tahu bila memerlukannya.
(d) Baju ‘Sweater’ @ Jaket
Untuk melindungi kulit dan Badan daripada cuaca panas.
Digalakkan untuk membeli jaket yang telah tersedia bersama pelindung siku.
(e) Powerbank & Kabel USB
Pastikan ‘powerbank’ dan kabel USB sentiasa dibawa
bagi memastikan telefon bimbit tidak kehabisan bateri. Saya memilih ‘powerbank’
berkapasiti 20000mAh jenama penang untuk memastikan bekalan elektrik mencukupi
sepanjang berjalanan.
Oleh kerana kebanyakkan masa dihabiskan di atas jalan
raya. Situasi ini menyebabkan saya terpaksa caj telefon atas motosikal. Oleh
itu pemilihan kabel USB yang sesuai (tahan gegaran) penting bagi memastikan
telefon dapat dicaj semasa menunggang.
(f) Telefon Bimbit
Telefon Bimbit (Pintar) adalah benda wajib yang perlu
dibawa sepanjang masa. Ia bukan sahaja digunakan untuk tujuan komunikasi bahkan
boleh dijadikan sebagai kamera dan perakam video untuk merekod setiap
perjalanan yang dilalui. Pastikan bateri telefon di caj penuh sebelum memulakan
perjalanan.
Tiada guna memiliki telefon pintar sekiranya ia tidak
disertai dengan kemudahan internet. Ia memainkan peranan yang penting terutama
sebagai penunjuk jalan semasa mencari jalan yang perlu diikut untuk sampai ke destinasi
yang dituju. Ia juga membantu mengemaskini data sebagai sandaran (backup)
sekiranya berlaku sesuai yang tidak diingini ke atas telefon bimbit. Sebagai
contoh telefon hilang (dicuri), rosak (terjatuh) dan sebagainya.
Tips
3: Kenalpasti Destinasi Yang Ingin Dituju
Ia penting untuk menjimatkan masa perjalanan secara tidak
langsung mengurangkan risiko berada di atas jalan raya. Sebahagian besar masa
dihabiskan semasa dalam perjalanan.
Selepas semua langkah yang perlu telah diambil, tiba
masa untuk memulakan perjalanan.
2.
Semasa Dalam Perjalanan
Tips
1: Mulakan Perjalanan Di Awal Pagi
Memulakan perjalanan pada awal pagi atas faktor
keselamatan. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti tayar
pancit, anda masih ada masa untuk mencari bengkel motosikal yang terdekat.
Selain itu, ia juga memberi peluang kepada saya untuk melawat banyak tempat dalam
satu hari.
Tips
2: Ikut Lorong Paling Kiri (Semasa Di Lebuhraya)
Kebanyakkan masa saya akan ikuti laluan paling tepi di
lebuhraya untuk mengurangkan risiko kemalangan terutama apabila kenderaan
menukar laluan tanpa memberi isyarat terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya
apabila saya berada dilorong paling kiri, hanya perlu mengambil perhatian
kepada kenderaan di sebelah kanan.
Berada dilorong tengah menyebabkan saya perlu sentiasa
peka terhadap kenderaan yang berada di kiri dan kanan.Saya hanya menukar ke
lorong tengah ketika ingin memintas kenderaan lain.
Tips
3: Kenalpasti Lokasi Stesen Minyak & Bengkel Motosikal
Mengetahui dengan jelas
dimana lokasi stesen minyak (terutama di lebuhraya) penting supaya kita boleh
meramalkan adakah minyak motosikal yang ada dalam tangki mencukupi sebelum tiba
di stesen minyak yang lain.
Dalam kes saya, saya hanya mengisi minyak di stesan
Petronas sahaja atas sebab ingin mengumpul mata ganjaran. Saya hanya singgah ke
stesen minyak yang lain sekiranya tiada pilihan (Stesen minyak Petronas tidak
dijumpai).
Bagi kembara solo, mengetahui lokasi bengkel motosikal
disepanjang laluan adalah penting bagi menghadapi situasi yang tidak dijangka
seperti tayar pancit, rantai putus dan sebagainya.
Diharap agar tips dan panduan yang diberikan memberi manfaat
kepada anda. Apa yang penting adalah nikmati setiap perjalanan yang dilalui.
Sila layari artikel dibawah untuk mengetahui cabaran
yang terpaksa saya hadapi sepanjang pengembaraan solo ini.
Cabaran & Penyelesaian Dalam Kembara Soloku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan