Rabu, 9 Januari 2019

Boleh Percayakah Public Gold Ini?

Kemaskini pada 12/07/2022


Boleh Percayakah Public Gold Ini?

Untuk menjawab persoalan tersebut, terlebih dahulu kita perlu mengimbas kembali segala percapaian yang telah diterima Public Gold bagi tempoh 14 tahun ini (2008-2022). Ya, sudah 14 tahun Public Gold beroperasi.

Berikut adalah sedikit sebanyak pencapaian Public Gold sehingga ke hari ini (2022).

1. Memiliki Banyak Cawangan Seluruh Negara & Indonesia

Mempunyai 17 cawangan diseluruh negara (Malaysia) dan 1 cawangan di Indonesia sehingga 2022. Semua cawangan ini dimiliki oleh Public Gold (Bukan Disewa). Ini memudahkan urusniaga antara pelanggan dengan Public Gold. Selain urusniaga atas talian.

Public Gold juga dalam proses membuka kilang emas baharu bersama 5 cawangan baru di Indonesia pada tahun 2022.

Senarai Lengkap Cawangan Public Gold Termasuk Pusat Pentadbiran (HQ)

2. Pengiktirafan Patuh Shariah Dari Amanie Advisors Sdn Bhd 

Semua transaksi belian dan jualan balik produk Emas dan Perak jenama Public Gold telah disahkan patuh shariah oleh Amanie Advisors Sdn Bhd.

Pengauditan dilakukan setiap tahun bagi memastikan semua transaksi mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sijil Pengesahan Patuh Syariah Bagi Urusan Jual Beli Emas Dan Perak
Kandungan Surat Sijil Pengesahan Patuh Syariah


3. Kerjasama Dengan Pelbagai Syarikat 

Public Gold telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat tempatan termasuk POS Ar-Rahnu dan Tekun Nasional. Ini memudahkan urusniaga dengan pelbagai pelanggan merangkumi pelbagai syarikat yang ada.

Sebahagian Dari Senarai Rakan Kongsi Public Gold

4.   Produk Public Gold Boleh Dibeli, Dijual & Dipajak di Pos Ar-Rahnu & Tekun Nasional

Kini Produk Public Gold boleh dibeli, dijual dan dipajak di syarikat seperti Pos Ar-Rahnu dan Tekun Nasional dengan mudah dan cepat. 

Public Gold juga telah mengeluarkan edisi khas untuk Pos Malaysia dan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia.

Jongkong Emas Edisi POS Malaysia Jenama Public Gold
Majlis Menandatangani Kesefahaman Antara Public Gold Dengan Ar Rahnu Tekun

5.   Memiliki Lebih 800 Ribu Pelanggan Berdaftar Dengan Public Gold

Jumlah pelanggan berdaftar di alamat sesawang Public Gold telah pun mencecah 800 ribu bermula tahun 2008 sehingga Jun 2022. 

Ini membuktikan sudah ramai orang mempercayai Public Gold ketika memilih produk emas dan perak.

Dan Jumlah Pelangga PG Makin Bertambah Dari Sehari Ke Sehari



6.  
Berjaya Menganjurkan Berpuluh-puluh Seminar Setiap Bulan Secara Fizikal & Maya

Sebelum ini Public Gold menganjurkan berpuluh-puluh seminar di seluruh negara termasuk di Indonesia setiap bulan secara percuma. 
 
Oleh kerana wabak covid-19 yang melanda dunia pada masa kini. Semua seminar Public Gold dijalankan atas talian di FB Public Gold International Bhd setiap malam pukul 8.30 dari hari isnin sehingga jumaat. Manakala, hari sabtu pula dijalankan pada pukul 10.30 pagi.

G100 juga menganjurkan seminar yang dinamakan sebagai G100 Talk Show yang boleh ditonton pada setiap rabu, pukul 9.00 malam di Youtube Public Gold by G100 Network.
 
Tertakluk kepada perubahan semasa.

Senarai Seminar Public Gold Di Malaysia


Kembali kepada soalan asal. Boleh percayakah Public Gold ini?

Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Ulasan