Sumber: doubledebtsinglewoman.com |
Cuba Bayangkan…
Sekiranya
anda memperolehi duit lebihan secara tunai di tangan tidak kira sama ada
diperolehi dari hadiah kemenangan, bonus, terjumpa harta karun, mewarisi harta
pusaka dan sebagainya. Manakah yang perlu diutamakan, selesaikan hutang secepat
mungkin atau simpan duit tesebut? Satu persoalan yang menarik untuk
dibincangkan.
Artikel
kali ini saya kongsikan pandangan saya terhadap isu tersebut. Sekiranya saya
berada dalam situasi tersebut, saya akan bertindak mengikut keadaan semasa.
Sekiranya
Saya…
1#
Tiada Dana Kecemasan
Seluruh
duit tersebut akan disimpan dan dijadikan sebagai Dana Kecemasan. Saya akan
pastikan simpanan tersebut diletak di instrumen kewangan yang berisiko rendah
tetapi memberi pulangan yang melebihi kadar inflasi seperti Tabung Haji (TH),
Amanah Saham Bumiputera atau Emas.
2#
Dana Kecemasan Tidak Mencukupi
Sekiranya
Dana Kecemasan tidak mencukupi (kurang dari 6 bulan gaji semasa), sebahagian
wang tersebut akan disimpan bagi memastikan Dana Kecemasan yang ada mencapai
tahap minimum. Bakinya, baru saya akan gunakan untuk membayar hutang. Ini dapat
mempercepatkan proses penyelesaian hutang.
3#
Dana Kecemasan Mencukupi
Sekiranya
Dana Kecemasan yang saya miliki mencukupi, keseluruhan duit lebihan tersebut
akan digunakan untuk membayar hutang. Supaya hutang yang ada dapat diselesaikan
secepat mungkin. Saya akan menggunakan teknik ‘Snow Ball’ bagi memastikan
hutang yang ada dapat diselesaikan secepat mungkin. Selepas hutang selesai,
semua duit yang digunakan untuk bayar hutang akan dialihkan pada simpanan. Ini
akan membantu meningkatkan simpanan sedia ada dengan kadar segera.
Teknik Snow Ball
Selesaikan hutang yang paling sedikit terlebih dahulu
menggunakan duit lebihan yang ada. Selepas hutang tersebut selesai, alihkan
duit lebihan tersebut (yang digunakan untuk bayar hutang terdahulu) ke hutang
seterusnya. Ulangi langkah berikut sehingga keseluruhan hutang selesai.
Tetapi
sekiranya…
3.1#
Dividen Diperolehi Lagi Besar Dari Kadar Faedah (Interest)
Saya
akan laburkan kesemua duit yang diperolehi sekiranya pulangan yang diberi (dividen)
melebihi kadar faedah (interest) yang perlu dibayar setiap bulan. Saya akan
teruskan pembayaran balik hutang mengikut jadual seperti biasa. Sekiranya ada
hutang yang hampir diselesaikan, barulah saya akan guna keuntungan yang
diperolehi untuk selesaikannya.
3.2#
Kadar Faedah (Interest) Hutang Lagi Besar Dari Dividen
Saya
akan selesaikan hutang dengan lebihan duit yang ada kerana ia tidak berbaloi
untuk dilaburkan. Lebih baik beri tumpuan selesaikan hutang terlebih dahulu
agar proses menyimpan menjadi lebih lancar dengan syarat semua duit yang
digunakan untuk bayar hutang dialihkan terus ke simpanan.
Suatu Dilema |
Diharap
agar artikel ini memberi manfaat kepada pembaca terutama yang berada dalam dilema
memilih antara dua iaitu simpan dulu ke selesaikan hutang.
Adakah
anda setuju dengan pendapat yang saya kongsikan? Kongsikan pendapat anda dalam
ruang komen dibawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan